Lagi notis kerajaan dengan kesalahan bahasa Inggeris ketara

Lagi notis kerajaan dengan kesalahan bahasa Inggeris ketara

Notis itu ditulis oleh seorang kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Pusat Penerangan Pelancongan Perak.

translate
fmt-ohsem-inside-article1Satu notis dalam bahasa Inggeris milik Pusat Penerangan Pelancongan Perak viral selepas secara jelas menampakkan kesalahan bahasa Inggeris.

Notis itu ditampal di pintu masuk pusat itu minggu lepas memaklumkan orang ramai yang premis tersebut akan ditutup pada 30 dan 31 Disember berikutan masalah talian Internet dan penyaman udara.

Bagaimanapun, ayat-ayatnya bukan sahaja tidak menggunakan ejaan dan tatabahasa bahasa Inggeris yang betul malah lintang-pukang.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man dalam satu kenyataan kepada Bernama akui kesalahan penulisan notis itu yang berpunca daripada kecuaian seorang kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di pusat berkenaan.

Pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil anggota tersebut untuk mendapatkan penjelasan terperinci bagaimana kesilapan itu boleh berlaku.
Jika benar terdapat kecuaian jelas dan kesilapan itu dilakukan tanpa memikirkan risiko, pihak MBI dikatakan akan memberi surat tunjuk sebab kepada anggota berkenaan.

“Anggota berkenaan juga akan diberikan surat amaran keras serta nasihat supaya isu seumpama itu tidak akan berulang di masa hadapan,” katanya kepada agensi itu.

Perkara itu didedahkan oleh sebuah akhbar Inggeris dan diselar netizen kerana kecuaian yang sangat nyata apatah lagi di pusat penerangan pelancongan.

Netizen mempersoal tahap penguasaan bahasa Inggeris selain ketidakcekapan pegawai lain dalam memantau dan memastikan notis tersebut bebas daripada kesilapan bahasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.