Doktor ‘workaholic’ mati depan pesakit

Doktor ‘workaholic’ mati depan pesakit

Pakar respiratori, Zhao Bianxiang dari wilayah Shanxi di China rebah dan mati selepas didapati bekerja tanpa rehat selama 18 jam.

tired-doctor
fmt-ohsem-inside-article1Kita sering dikhabarkan dengan pelbagai rungutan daripada doktor yang terpaksa bekerja beberapa syif.

Sama ada secara langsung dari mulut, berbentuk rungutan dalam media sosial atau secara tulisan, ramai doktor akui berdepan tekanan selepas terpaksa bekerja lebih masa secara berterusan kerana tidak cukup kakitangan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk mengambil serius rungutan tersebut.

Ini kerana sebuah portal tempatan di China melaporkan, seorang doktor wanita berusia 43 tahun mati di depan pesakit selepas bekerja berterusan tanpa rehat.

Doktor tersebut, Zhao Bianxiang, pakar respiratori dari wilayah Shanxi di China rebah dan mati selepas didapati bekerja tanpa rehat selama 18 jam.

Kejadian berlaku pada 29 Disember lalu ketika Zhao sedang melakukan pusingan pemeriksaan di wad salah seorang pesakitnya.

Zhao yang juga timbalan pengarah jabatan perubatan respiratori didapati mati kerana “subarachnoid hemorrhage”, sejenis strok yang disebabkan oleh aneurysm, lapor Sina Weibo.

Zhao bertugas sejak 6 petang, 28 Disember, menamatkan syif 12 tengah hari keesokan harinya. Dia menyambung syif untuk membuat pemeriksaan dari wad ke wad.

Sebelum rebah, doktor itu sempat bertanyakan khabar keadaan pesakit kepada anaknya.

“Bagaimana ibu anda,” adalah kata-kata akhir sebelum doktor itu rebah dan mati.

Zhao dikatakan seorang “workaholic” dan salah seorang pakar respiratori yang terkenal di wilayah tersebut.

Beliau meninggalkan ibu bapa berusia 80-an.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.