Tips elak sakit memakai kasut tumit tinggi

Tips elak sakit memakai kasut tumit tinggi

Panduan ini membantu mengurangkan sakit dan memberi keselesaan kepada wanita yang memakai kasut tumit tinggi.

heels
fmt-ohsem-inside-article1Menjelang hujung tahun, tentu banyak majlis keramaian dan sambutan dalam senarai untuk dihadiri.

Daripada sambutan Krismas, tahun baru diikuti tahun baru Cina dan sebagainya, kalender anda pasti sesak dengan temujanji penting.

Bagi menghadiri majlis, kenalah menyerlahkan sisi personaliti yang positif. Lazimnya bagi wanita moden dan profesional, salah satu aksesori wajib disarungkan bersama pakaian yang cantik dan aksesori yang menawan ialah sepasang kasut tumit tinggi yang seksi.

Bagaimanapun, setiap wanita yang menyarungkan kasut tumit tinggi pasti mengadu kerana terpaksa menahan rasa sakit dan pedih tumit, tapak dan jari-jemari kaki.

Kami ingin kongsi beberapa tip dan panduan yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan sakit dan memberi keselesaan kepada wanita yang memakai kasut tumit tinggi.

1. Pilih kasut tumit tinggi yang sesuai

Sebelum membeli kasut tumit tinggi, cuba memakainya dan berjalan beberapa minit. Pastikan ia benar-benar memberi keselesaan. Kalau anda sememangnya seorang yang kerap menggunakan kasut tumit tinggi, tukar ketinggian kasut anda itu sekerap yang mungkin.

Kami tahu lebih tinggi kasut anda, lebih seksi tetapi elakkan tumit sokongan yang terlalu nipis kerana ia boleh dengan mudah menyebabkan anda cedera. Apabila anda meletakkan terlalu banyak tekanan (berat) pada bahagian tumit, ia mudah goyah. Maka, tumit yang lebih tebal, lebih baik, dan ketinggian sebolehnya tidak melampaui 4cm.

2. Rancang dan bersedia

Bagi mengelak keperitan di bahagian tertentu kaki akibat pemakaian kasut tumit tinggi yang lama, apa kata anda gunakan pelapis empuk pada kasut anda itu?
Ia menawarkan keselesaan dengan mengelak luka akibat geseran atau kegelinciran.

3. Berehat sebentar

Bila ada peluang, ambil masa untuk merehatkan tumit anda. Dalam kereta, apabila anda sedang duduk, ketika di tandas, regangkan pergelangan kaki dan tumit untuk senaman mini yang membantu kesihatan kaki anda itu.

4. Regangkan kasut

Apabila menyarungkan kasut tumit tinggi, cuba regangkan bahagian kaki supaya anda dapat mengoptimumkan ruang kasut. Biasanya kasut tumit tinggi yang ketat dan terhad juga boleh memberi rasa sakit apabila anda berjalan, apatah lagi menari dan berlari anak.

5. Pulihkan kaki anda

Selepas menanggalkan kasut tumit tinggi anda, ambil masa untuk memulihkan segala kesakitan dan ketidakselesaan. Ia boleh dilakukan dengan mengaplikasi losyen rawatan tapak kaki, krim pelembap atau sapuan berubat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.