Obses mahu jadi Angelia Jolie, tapi jadi ‘zombie’

Obses mahu jadi Angelia Jolie, tapi jadi ‘zombie’

Sahar Tabar, 19, dari Tehran dikatakan melalui 50 prosedur pembedahan kosmetik untuk kelihatan seperti Angelina.

Sahar-Tabar
fmt-ohsem-inside-article1Obsesi terhadap kecantikan dan keinginan untuk kelihatan seperti selebriti pun ada hadnya. Jika melebihi had, mungkin terpaksa berdepan bencana.

Itulah yang terjadi kepada seorang remaja perempuan dari Iran apabila niat mengubah wajah menjadi bintang pujaan, Angelina Jolie, berakhir dengan wajah seperti mayat atau zombie, seperti kata kebanyakan netizen.

Sahar Tabar, 19, dari Tehran dikatakan melalui 50 prosedur pembedahan kosmetik untuk kelihatan seperti Angelina tetapi adakah ia benar-benar berhasil, hmm….

Sahar dalam media sosialnya memuat naik beberapa gambar foto menunjukkan transformasi dirinya sebelum dan selepas menjalani 50 pembedahan.

Terdahulu, Sahar kelihatan seperti mana-mana remaja perempuan yang lain, malah lebih cantik dan mempunyai raut wajah sangat menarik dengan mata dan rambutnya berwarna perang.

sarah-taha
Bagaimanapun, kerana obsesinya terhadap Angelina dan kesediaan untuk melalui apa sahaja selagi dapat kelihatan seperti bintang filem Tomb Raider, Sahar sanggup melalui satu transformasi yang tidak 100% berpihak kepadanya.

Kini dia bukan sahaja hilang banyak berat badan malah menggunakan kanta lekap kelabu kebiruan, “filler” penuh pada bibir dan hidung yang dimuncungkan (nose job), tulang pipi yang cengkung dan dagu yang lebih tajam.

Sahar sengaja mengekalkan berat badannya pada 40kg, yang mana diklasifikasi sebagai merbahaya bagi ketingggiannya iaitu sekitar 4.8 kaki.

Apapun, remaja ini menjadi sensasi media sosial dengan lebih 308,000 pengikut di Instagram walaupun bukan semua pengikut menerima dan menyokong perubahan Sahar itu.

sarah-taha1
Selain terkejut dan kasihan pada remaja tersebut, ramai yang melabelkannya sebagai zombie, mayat, bangkai reput dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, ada yang mempersoalkan kesahihan gambar-gambar yang dimuatnaik, mengakui ia hanya solekan yang melampau sekadar untuk menarik perhatian pengguna media sosial.

Apa pula pendapat anda mengenai remaja ini dan reaksi anda terhadap wajahnya? Kongsi bersama kami, tulen atau palsu?

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.