Netizen hairan dengan soalan lukis muka anak Tahun 2

Netizen hairan dengan soalan lukis muka anak Tahun 2

Buku dan soalan tersebut berjaya menarik perhatian ibu bapa dan netizen termasuk media tempatan.

faceart

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu dibangkitkan berkaitan silibus pendidikan, kelemahan pengajaran, kesalahan cetakan dalam buku dan sebagainya.

Terbaru, pelajar Tahun 2 diminta melukis wajah anak yang bakal ditimang ibu bapa seperti yang diberikan dalam gambarajah.

Tak faham? Okay, biar kami jelaskan lagi.

Salah satu muka surat dalam buku teks Sains bahasa Cina Tahun 2 bagi sesi 2018 tercetak soalan mengenai biologi ibu bapa dan anak.

Ini arahannya: “Lihat dan perhatikan ciri-ciri fizikal wajah ibu dan bapa dalam gambar di bawah. Berpandukan kepada imaginasi anda lukis gambar bakal anak yang akan ditimang.”

Pernahkah pembelajaran sesukar ini? Mungkin pada masa akan datang ia akan menjadi lebih sukar kepada anak kita. Jadi bersedialah!

Menurut laporan China Press, buku dan soalan tersebut berjaya menarik perhatian ibu bapa dan netizen termasuk media tempatan.

Salah satu persoalan yang dibangkitkan oleh para netizen adalah bagaimana guru itu boleh menilai wajah anak mana yang betul dan salah. “Guru itu sendiri pasti tidak mempunyai jawapan yang betul untuk soalan ini. Ia sangat subjektif!,” komen netizen.

Bagaimanapun, Presiden Kesatuan Kebangsaan Ketua Sekolah Malaysia, Wong Shee Fatt yang mengesahkan soalan tersebut dalam buku teks Sains Tahun 2 mengulas berhubung perkara itu dan mengatakan ia bertujuan mengembangkan kreativiti pelajar.

Ini bermakna pelajar boleh melukis apa sahaja wajah mengikut kemampuan kreatif mereka dan yang paling penting semua jawapan diterima!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.