Anjing mati selepas ditinggalkan tuan

Anjing mati selepas ditinggalkan tuan

Selepas merayau selama sebulan di lapangan terbang mencari tuan, ia putus asa, jatuh sakit dan mati.

dogdead

Kita biasa dengar kisah haiwan peliharaan jatuh sakit atau mati selepas tuannya sudah tiada.

Itu membuktikan cinta sesama manusia sangat kuat tetapi haiwan juga tiada kurangnya, mungkin kasih sayang mereka lebih kuat dalam hal-hal tertentu.

Misalnya, seekor anjing dipercayai mati kerana terlalu sedih selepas ditinggalkan oleh pemiliknya di terminal Lapangan Terbang Palonegro, Bucaramanga, Colombia.

Selepas merayau selama sebulan di lapangan terbang mencari tuan, ia putus ada, jatuh sakit dan mati.

Menurut laporan The Telegraph, anjing tersebut tidak menyebabkan sebarang gangguan di kawasan itu, sebaliknya hanya bertindak menghidu orang ramai yang lalu lalang.

Mungkin ia mahu mengesan bau tuannya. Malangnya selepas gagal mencari tuannya, dia tidak dapat menerima hakikat itu.

dogdead1
Anjing itu diberi nama “Nube Viajera” dalam bahasa Columbia atau “Wandering Cloud” oleh doktor haiwan yang merawatnya.

Dr Alejandro Sotomonte mengesahkan anjing itu dalam keadaan demikian kemungkinan besar kerana ditinggalkan tuannya.

Walaupun dibawa ke pusat perlindungan dan diberi makan minum, keengganan anjing itu menyebabkan kesihatannya bertambah teruk.

“Ia tidak mampu bangun, berjalan, enggan makan minum. Ternyata anjing itu dalam kesedihan dan tekanan. Semua ubat dan bantuan kecemasan tidak menolongnya,” kata doktor itu kepada akhbar tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.