

Tetapi sebenarnya terdapat alternatif untuk menunggang motosikal dengan tenang, iaitu dengan memayungkan motosikal. Benar, itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Kelantan apabila ideanya itu tular di laman sosial.
Sebenarnya Isna Alif Abdul Hadi, 30, menemui produk pelindung kenderaan 2 roda seperti khemah ketika melawat China dan terus menjadikannya sebahagian daripada aksesori motosikal.
Maklumlah, sekarang musim hujan, idea Alif bukan sahaja melindunginya dari hujan mahupun panas malah dia juga mula menjual produk tersebut.
Dalam laporan Harian Metro Alif yang juga seorang peniaga atas talian mencipta kelainan dengan menjual payung motosikal yang melindungi penunggang daripada basah akibat hujan.
“Saya temui payung motosikal ini ketika membeli barang niaga di China dan tertarik untuk menjualnya untuk cuaca kita yang panas dan lembap sepanjang tahun.

“Tak semestinya kita bergantung kepada baju hujan sahaja selepas ini,” katanya petik akhbar itu.
Payung yang sesuai untuk motosikal bersaiz sederhana boleh dipasang sekiranya motosikal ditunggang tidak melebihi 80 kilometer sejam.
Ia dijual pada harga RM85 setiap satu dan setakat ini lebih 100 daripada 300 payung yang dibawa sudah pun terjual.