Pasangan Jalaluddin pilih mengerjakan umrah, tolak berbulan madu di Russia

Pasangan Jalaluddin pilih mengerjakan umrah, tolak berbulan madu di Russia

Mereka membatalkan niat berbulan madu di Rusia kerana mahu meluangkan masa mengenali anak-anak dan cucu-cucu Jalaluddin selain mengerjakan umrah bersama.

Jalaluddin-Hassan
fmt-ohsem-inside-article1Selamat pengantin baru Datuk Jalaluddin Hassan!

Kita semua tahu, pelakon Jalaluddin Hassan, 63, baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Rapidah Abd Ghani selepas beberapa lama berteka-teki mengenai status beliau.

Pasangan itu merancang akan berbulan madu di Rusia pada Disember tetapi ditolak oleh Rapidah, 44, selepas mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah bersama suaminya pada Februari tahun depan.

Malah Jalaluddin dan Rapidah, juga mahu meluangkan masa mengenali anak-anak dan cucu-cucunya demi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

“Katanya inilah masa dia ingin mengenali anak-anak saya dan cucu-cucu tambahan pula musim cuti sekolah pun bakal bermula.

“InsyaAllah jika tiada halangan kami akan mengerjakan umrah pada Februari tahun depan,” katanya memetik laporan Mstar Online.

Berkongsi kisah di sebalik pengenalan mereka berdua, Jalaluddin berkata usaha beliau untuk memperisterikan Rapidah tidaklah semudah yang disangka.

Jalaluddin menerima tentangan daripada ibu mertuanya Esah Samad, 77, hanya kerana beliau adalah seorang artis.

Mujur nasib menyebelahinya selepas beliau berjaya menyakinkan ibu kepada wanita pilihan hatinya itu dengan bantuan seorang pengarah dan aktivis teater, Lokman Ghani yang juga abang kepada Rapidah.

“Alhamdulillah, anak-anak memang tidak menghalang saya berkahwin malah mereka rasa berdosa kerana tidak dapat jaga saya dengan baik sebelum arwah isteri meninggal.

“Bagaimanapun ibu mertua kurang bersetuju, maklumlah artiskan, girlfriend banyak… hahaha!” katanya petik akhbar itu lagi.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada pukul 10.55 pagi semalam dalam upacara akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn.

Jalaluddin dalam laporan sebelum ini pernah mendedahkan beliau tertarik dengan ibu 4 anak kerana wanita itu mengingatkan dirinya kepada Allahyarham isterinya, Hashimah Mad Ehsan.

Hashimah meninggal dunia pada 5 November tahun lalu akibat komplikasi pembedahan jantung .

Rapidah pula akui tidak pernah terdetik akan bersuamikan Jalaluddin.

Namun, beliau tampil yakin dengan Jalaluddin selepas melihat sikap beliau yang bertanggungjawab dan penyayang.

Walaupun hanya berkenalan sebagai kawan pada awalnya tanpa apa-apa niat untuk berkahwin, Rapidah ternyata tertarik dengan personaliti Jalaluddin.

“Memandangkan anak-anak pun bersetuju, saya pun menerima lamaran beliau. Lagipun anak-anak berkata solat saya tidak banyak pahala berbanding solat bersama suami lebih banyak ganjaran,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.