Malu pesan makanan Itali sebab tak kenal pasta

Malu pesan makanan Itali sebab tak kenal pasta

Pasta lazimnya dimasak dengan puri tomato, krim keju, carbonara, aglio olio atau pelbagai resipi lain yang diinovasi mengikut citarasa tempatan.

pasta1
fmt-ohsem-inside-article1Makan tengah hari bagi golongan bekerja adalah waktu yang ditunggu-tunggu, apatah lagi apabila terdapat pelbagai pilihan makanan di sekeliling pejabat.

Salah satu makanan yang menjadi pilihan ialah makanan barat atau lebih tepat makanan Itali iaitu pasta. Sama ada dimasak dengan puri tomato, krim keju, carbonara, dimasak aglio olio, alfredo, keju atau pelbagai resipi lain yang diinovasi mengikut citarasa tempatan.

Apa pun ada segelintir daripada kita yang enggan memilih masakan itu kerana tidak mengenalinya. Manakan tidak, pesan pasta sahaja belum lengkap, selain memilih cara masak dan sos, anda juga kena pilih jenis pasta.

“Cik mahu pasta carbonara atau sos tomato? Apa pilihan pasta cik, fettuchini, macaroni, spagetthi atau lain-lain?”

Kerana hanya mengenali tomato, maka saya pun pilih sos tomato dan jenis pasta?… apa itu?

Memandangkan spagetthi kedengaran biasa, maka saya pun memilih “spagetthi with tomato sauce” dengan harapan tidak memilih makanan yang salah atau pelik sehingga tak lalu makan.

Mujurlah, segalanya berjalan lancar. Itu cerita 20 tahun dahulu, sekarang bukan hanya kenal tetapi boleh masak sendiri makanan itu. Mungkin ramai lagi yang segan untuk memilih makanan berasaskan pasta kerana masalah yang sama.

FMT Ohsem, kongsi beberapa jenis pilihan pasta yang popular di Malaysia dan sedikit maklumat menarik mengenai makanan Itali itu.

Fakta menarik mengenai pasta:

  1. Pasta adalah makanan indeks glisemik tinggi (HGI) yang baik untuk kesihatan khususnya untuk mereka yang mengamalkan diet. Ambil sikit pun dah kenyang untuk tempoh masa yang lama.
  2. Ingat, pasta mempunyai lebih 600 jenis dan saiz. Tapi anda tak perlu ingat semua. Hanya beberapa sahaja yang lazim digunakan khususnya di Malaysia.
  3. Tarikh 25 Oktober disambut sebagai Hari Pasta manakala 4 Januari disambut sebagai Hari Spagetthi.
  4. Pasta menggunakan 2 bahan utama, tepung dan air tetapi kini ramai pengeluar turut menggunakan telur. Kalau anda vegetarian, masih ada banyak pilihan tanpa telur. Kini pasta juga dibuat menggunakan tepung beras, barli, jagung dan kekacang.
  5. Pasta mengandungi gluten, jadi mereka yang mempunyai alahan gluten, berhati-hati atau pilih pasta bebas gluten.
  6. Menurut kajian, pasta boleh menggembirakan anda. Ya, oleh kerana pasta tinggi nutrisi karbohidrat, ia meningkatkan pengeluaran serotonin, salah satu agen yang membangkitkan rasa gembira dan selesa.
  7. Pasta sepatutnya dimakan menggunakan garpu, tanpa sudu atau pisau.
Spagetthi
pasta
– Ini pasta yang paling biasa dimakan dan ditawarkan di restoran khususnya makanan segera.
– Berbentuk seperti mi kuning.
– Paling sesuai dimasak aglio olio bersama makanan laut
Fettucine
fettucini
– Pasta yang agak ‘popular’ juga di restoran.
– Berbentuk seperti mi tetapi dileperkan
– Biasanya disesuaikan dengan sos carbonara
Macaroni
macaroni
– Pasta pilihan kanak-kanak
– Bersaiz seperti butiran kecil yang berbentuk ‘c’
– Biasanya dimakan dengan sos keju
Penne
penne
– Pilihan dewasa dan kanak-kanak, boleh dimakan persatu atau beberapa
– Pasta seperti rod berlubang dipotong menyilang
– Pilihan sesuai untuk dibakar dengan sos bolognese bersama kisaran daging
Spiral/ Fusili
fusili
– Ini juga pilihan kanak-kanak dan dewasa apatah lagi yang ada pilihan berwarna-warni
– Pasta ini berbentuk simpulan putar
– Biasanya dimasak dengan sos tomato
Shell
shell
– Butiran kecil yang jarang dipilih
– Seperti namanya ia berbentuk seperti kerang
– Sesuai dimasak dengan pesto berkrim
Angel’s Hair/ Capelini
angel
– Pilihan yang popular khususnya dimasak di rumah
– Seperti spagetti tetapi halus, macam bihun tapi kenyal
– Ia lazimnya dimakan dengan sos tomato dengan makanan laut
Lasagne
lasagna
– Pasta yang ada pengikutnya tersendiri
– Kepingan berhelai yang diatur secara lapisan dengan inti
– Dibakar, dengan sos keju, tomato atau krim
Ravioli
ravioli
– Pilihan pasta untuk segelintir penggemar
– Kepingan yang disalut dengan inti seperti daging, bayam, keju, ayam dan sebagainya
– Lazimnya dibakar atau disediakan bersama krim dan keju
Farfalle
farfale
– Pasta yang kelihatan simple dan datar
– Bentuknya seperti riben, dipintal di bahagian tengah
– Pilihan untuk dimasak dengan sos krim cendawan, sayur dan makanan laut

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.