Netizen berang reka ‘dress nasi lemak’ sendiri

Netizen berang reka ‘dress nasi lemak’ sendiri

Rafil berkongsi gambar dress direka menggunakan aplikasi bersebelahan gambar 'dress Nasi Lemak' sebenar untuk perbandingan.

nasi-lemak-dress
Kredit photo: Facebook Rafil Thazali
fmt-ohsem-inside-article1Nah, ambil kau!

Macam itulah bunyinya apabila seorang netizen mengambil serius rekaan baju nasi lemak Miss Universe Malaysia 2017 oleh pereka Brian Khoo yang diperkenalkan kepada umum, 2 hari lalu.

Rafil Thazali berkongsi paparan gambar yang direka menggunakan aplikasi bersebelahan gambar ‘dress Nasi Lemak’ yang sebenar untuk dibandingkan oleh pengguna media sosial.

“Saya bukan seorang pereka fesyen, tetapi tercetus idea untuk membuat pakaian Nasi Lemak Miss Universe Malaysia yang menjadi viral sejak semalam… Jadi saya kongsi versi saya di sini,” tulisnya.

Dia yang berasal dari Subang Jaya dan memiliki studio sendiri di Shah Alam merupakan jurugambar fesyen, korporat dan komersial bekerja menggunakan Adobe Photoshop dalam menyiapkan lakaran ini.

Tambahnya lagi kepada FMT Ohsem, dia mengambil masa 5 jam menyiapkan lakaran yang tercetus ketika sedang berbual dengan teman wanitanya.

“Teman wanita saya menyumbang kepada idea asal, saya juga mendapatkan bantuan seorang mentor fesyen tempatan.

“Saya kumpul material fabrik dalam internet, membuat pakaian ini secara digital dan akhirnya menempek wajah Miss Universe Malaysia, Samantha,” jelasnya lanjut.

Dalam paparan status di Facebook pula, Rafil menyatakan ada membuat sedikit homework dengan memerhati cara penjual nasi lemak membungkus makanan itu.

“Makcik menjual nasi lemak membungkusnya dengan nasi dan sambalnya. Maka saya ‘reverse’ semula pembungkusan dengan ilustrasi seolah nasi yang dibungkus itu dituangkan semula ke atas piring saya,” katanya.

Dia mengatur bahan utama iaitu daun pisang (cape), sambal (di lengan dan pinggang), kacang (perut), beras (skirt), ikan bilis (di kepala) dan telur (kain dalam skirt), hasilnya adalah satu persembahan kemas makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Pada masa sama tidak melupakan warisan dan budaya tempatan, Rafil mencadangkan menggunakan tekstur fabrik seperti songket, renda kebaya, satin saree atau sutera dan elemen merah Cina dalam reka bentuk sebagai mewakili kepelbagaian bangsa yang sempurna dan harmoni.

“Saya berharap versi saya akan diterima oleh semua kerana usaha saya adalah untuk membanggakan negara kita yang kaya dengan budaya sama ada di atas pinggan atau dipakai oleh wakil pertandingan kita,” tulisnya.

Apa yang pasti, ramai terharu dan memuji percubaan Rafil yang dianggap jauh lebih sempurna dan menepati tema asal.

Malah status itu dikongsi hampir 100 orang dan menerima pelbagai komen membina.

Jelas, fesyen adalah industri kreatif dan faktor “wow” itu sangat penting apabila berada di atas platform antarabangsa.

Dress kebangsaan asal memiliki idea kreatif tetapi gagal menerapkan elemen kreativiti yang mencukupi untuk tahap antarabangsa.

Dress rekaan Rafil nampaknya lebih gempak apatah lagi dengan adanya ‘cape’ (daun pisang) dan ikan bilis (di kepala yang menambah nilai ‘super pagent’.

Anda ada sebarang komen atau mungkin rekaan yang diperbaharui sendiri? Jom kongsikannya bersama kami!

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.