
Syarikat produk kecantikan terkenal, Dove dikecam teruk oleh netizen selepas menghasilkan iklan yang didakwa berbaur perkauman.Dalam iklan itu, Dove memuat naik 4 imej yang menunjukkan seorang wanita berkulit hitam berpakaian warna coklat, berubah menjadi wanita kulit putih dalam pakaian warna krim sebaik menanggalkan pakaian asalnya.
Iklan yang dibuat untuk mempromosi produk mandian jelas membangkitkan kemarahan orang ramai yang mendakwa ia berbaur perkauman selain tidak sensitif.
Pihak Dove bagaimanapun segera menurun iklan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapannya itu.
Menurut jurucakap syarikat itu, pihaknya terlepas pandang kesan daripada iklan yang dipaparkan dalam 4 imej, 2 gambar wanita berkulit gelap dan 2 wanita berkulit putih.
Sebelum ini, Dove dikatakan pernah melakukan kesilapan sama ketika melancar produk losyen untuk musim panas dengan label untuk kegunaan “kulit biasa ke kulit gelap”.
Dove dalam kenyataan terbaru berkata, pihaknya tidak pernah merendahkan mana-mana kecantikan dan perkara yang berlaku akan dielakkan pada masa depan.
“Kami sudahpun mengalihkan posting iklan itu dan ia tidak dimuat naik di mana-mana platform atau kandungan media. Kami memohon maaf atas ketidakselesaan,” tulisnya petik Mirror.