Bocor di ‘Clever Girl’?

Bocor di ‘Clever Girl’?

Sebelum ini bekas peserta, juga penuntut Universiti Oxford, Kiera pernah mengeluarkan kenyataan menyatakan krew Clever Girl membekalkan soalan bocor kepada peserta terpilih.

clever-girl
fmt-ohsem-inside-article1Musim ke-2 program tv yang menguji kecerdikan dalam kalangan wanita mewakili negeri, Clever Girl Malaysia buat hal lagi.

Kali ini netizen mengecam program ini seolah sudah memberi jawapan bocor kepada peserta terpilih kerana peserta dari Selangor, Shazana dikatakan memberi jawapan tanpa mendengar sepenuhnya pilihan jawapan.

“Bagaimana boleh menjawab jawapan dengan betul kalau tak dengar pilihan jawapan secara sepenuhnya,” soal netizen dalam laman sosial.

Ketika siaran pada Jumaat lalu, Datin Sharifah Shawati dijemput untuk menyoal peserta Clever Girl.

Beliau bertanyakan soalan mengenai karya tulisan Datuk Usman Awang iaitu sama ada “A” Salina atau “B” Jiwa Hamba.

Menariknya, Shazana dilihat menekan buzzer sebaik jawapan “A” disebut tanpa menunggu jawapan “B” walaupun akhirnya menjawab “B” dengan betul.

Dalam masa sama, pengacara program itu, Alif Aziz juga terkejut dan bertanya semula jawapan yang diberikan, “B, iaitu?” untuk mendapatkan nama judul tetapi Shazana hanya berdiam diri.

Mungkin tidak mahu merugikan masa atau menjatuhkan air muka peserta, Alif terus periksa jawapan yang diberikan dengan Sharifah dan mendapati ia jawapan betul.

Ini menyebabkan netizen terus mengkritik program tv itu harus dihentikan sahaja memandangkan ia sudah menyediakan “soalan bocor” kepada pesertanya selain menjatuhkan kredibiliti TV3.

Sebelum ini bekas peserta dari Pulau Pinang yang juga penuntut Universiti Oxford, Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) pernah mengeluarkan kenyataan menyatakan krew Clever Girl membekalkan soalan bocor kepada peserta terpilih.

Namun kenyataan itu ditarik balik dan Kiera meninggalkan pertandingan itu.

Shazana juga menjadi salah saorang peserta yang layak ke peringkat akhir bersama seorang peserta mewakili negeri Perak iaitu Sara.

Program final Clever Girl Malaysia terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini, pukul 9 malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.