

Berbeza dengan wanita ini kerana bulu matanya sepanjang 12.4cm panjang tidak memerlukan semua itu.
Bulu mata terpanjang di dunia yang akhirnya direkodkan dalam buku Guiness World Records (GWR) 2018 itu milik, Jainxia dari Shanghai, China.

Menurut laporan GWR, bulu mata di bahagian atas sebelah kini pernah dicatatkan sebagai terpanjang ketika diukur di Changzhou, Jiangsu, China pada 28 Jun 2016.
Hmm… entah macam mana dia menjalankan kehidupan harian kerana biasanya kalau rambut panjang sedikit terurai ke depan muka pun boleh buat orang resah, inikan bulu matanya mengena mata dan pipi sepanjang masa.
Bukan itu sahaja, Jainxia pasti melakukan pelbagai persediaan serta langkah berhati-hati sepanjang memelihara dan membela bulu matanya yang panjang itu.