
Kalau tak tahu, jom baca seterusnya.
Buah pinggang terletak betul-betul di bawah tulang rusuk dan berfungsi sebagai penyahtoksin yang menyingkir segala toksin. Ia menjadikan tubuh badan sentiasa berada dalam keseimbangan.
Buah pinggang juga memastikan tekanan darah berada dalam tahap yang baik, memastikan oksigen disalurkan ke seluruh badan dan mengimbangi elektrolit dalam badan dan membantu tulang kekal kuat.
Namun….
Buah pinggang juga boleh berdepan pelbagai masalah dan membawa masalah besar kepada kesihatan. Jika ia tidak dijaga dengan baik, maka anda akan berdepan dengan pelbagai simptom yang harus diberi perhatian.
Perhatikan simptom yang disenarai di bawah dan jika anda mempunyai mana-mana kombinasi daripada yang dinyatakan di bawah, maka segera berjumpa doktor.
1. Bengkak
Bila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, badan akan mula membengkak khususnya bahagian kaki dan tangan. Ini kerana buah pinggang mungkin tidak dapat menyingkirkan lebihan cecair dan garam sodium dalam darah dengan sempurna. Ia menyebabkan tekanan aliran dalam salur darah meningkat terutama pergelangan kaki dan sekitar mata dan bahagian itu membengkak. Ia juga menyebabkan muka anda bengkak dan badan anda sembap.
2. Perubahan pola pembuangan air kecil
Salah satu petanda paling umum buah pinggang anda bermasalah ialah rasa tertekan ketika kencing. Anda mungkin buang air kecil secara paksa, warnanya lebih pekat mahupun pucat, berbuih dan anda tidak dapat mengawal rasa buang air pada waktu malam. Sudah tiba masanya untuk segera berjumpa doktor, anda sebenarnya berada pada tahap puncak dan harus diberi perhatian perubatan yang segera.
3. Kulit kering dan gatal
Peningkatan toksin dalam badan boleh memberi tindak balas kepada kulit. Bahan kumuhan bertoksin yang mula berkumpul dalam badan menyebabkan kulit mula menggatal dan menjadi kering, kadang-kala mengakibatkan kudis.
4. Mudah letih
Buah pinggang menghasilkan hormon EPO (erythropoietin) yang membolehkan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Apabila buah pinggang bermasalah, maka penghasilan hormon EPO juga terjejas dan jumlah sel darah merah berkurangan. Ekoran itu, anda akan mula rasa letih berlebihan dengan kesan kepada otot dan fungsi otak, yang juga mengindikasi kepada masalah anemia.
5. Nafas pendek
Salah satu kesan tipikal buah pinggang rosak ialah badan anda menghasilkan oksigen yang kurang. Kandungan oksigen yang kurang disalurkan kepada peparu menyebabkan nafas seseorang pendek.
6. Lidah rasa metalik
Toksin yang berlebihan dalam badan mempengaruhi kesan rasa pada lidah anda. Pada kebanyakan masa, makanan yang dimakan akan terasa seperti logam dan bau mulut anda akan jadi lebih busuk.
7. Kesakitan
Sakit pada bahagian atas belakang badan juga dikaitkan dengan masalah buah pinggang. Ia juga boleh jadi indikasi kepada masalah batu dalam buah pinggang.
8. Pening dan sukar beri perhatian
Kandungan oksigen yang rendah, salah satu kesan buah pinggang bermasalah. Dan bila oksigen tidak dapat dibawa ke bahagian serebrum di otak, ia menyebabkan anda selalu rasa pening, mudah hilang konsentrasi dan menjadi pelupa.