Filem Jepun, ‘Biar saya makan pankreas kamu’ popular kerana tajuknya

Filem Jepun, ‘Biar saya makan pankreas kamu’ popular kerana tajuknya

Cubaan FMT Ohsem menterjemah tajuk asal filem yang berbunyi "I want to eat your pancreas" dalam bahasa Inggeris menjadi ayat berbunyi "Saya mahu makan pankreas anda" dalam bahasa Melayu.

let-me-eat-your-pancreas-1
fmt-ohsem-inside-article1Hanya kerana tajuknya yang unik dan pelik, filem Jepun ini semakin popular dalam kalangan netizen.

Netizen yang mengikuti laman sosial Facebook GSCinemas sibuk bercakap dan berkongsi status promosi sebuah filem Jepun bertajuk, “Let me eat your pancreas”.

“Fuh, ada filem yang bertajuk ‘Let me eat your pancreas’. OMG.

“Akan datang ke GSC November ini!” muat naik status GSCinemas yang turut menyertakan poster filem terbabit.

Ekoran itu, ramai pengguna Facebook yang mempersoalkan kesahihan penterjemahan tajuk daripada bahasa asalnya, Jepun kerana berbunyi kelakar dan tidak masuk akal.

Namun, cubaan FMT Ohsem menterjemah tajuk asal filem menggunakan Google Translate berbunyi “I want to eat your pancreas” dalam bahasa Inggeris menjadi ayat berbunyi “Saya mahu makan pankreas anda” dalam bahasa Melayu.

Walaupun berbunyi lucu tetapi filem itu sebenarnya menceritakan kisah sedih seorang pelajar perempuan sekolah tinggi bernama Sakura (lakonan Minami Hamabe) yang menghidap kanser pankreas dan hanya mempunyai tempoh masa setahun untuk hidup.

Pelajar lelaki, lakonan Takumi Kitamura pula mendapat tahu mengenai hal itu selepas membaca diari Sakura dan cuba menceriakan kehidupan Sakura.

Selepas tamat pengajian, seperti yang dijanjikan kepada Sakura, pelajar lelaki itu kembali menjadi guru di sekolah yang sama dan mengenang semula kenangannya bersama Sakura.

Filem yang sudahpun ditayangkan di Jepun Julai lalu antara filem yang mendapat kadar rating 7.2 dalam laman IMDb dan dikatakan antara filem dengan kutipan terbaik iaitu RM110.88 juta (AS$26.4 juta).

Filem adaptasi novel jualan terbaik ini turut dibikin dalam versi animasi kerana sambutan luar biasanya.

Setakat ini, sekitar 150 orang berkongsi poster filem bergenre romantik drama ini dari laman sosial GSCinemas dan sambutan meluas menerusi respons dalam kotak komen reaksinya.

Walaupun terjemahannya berbunyi pelik, ternyata ia menarik perhatian penonton Malaysia sehingga menjadi buah mulut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.