
Pengguna jalan raya di wilayah timur Phetburi di Thailand terkejut melihat kelibat “super hero” Spiderman menyelamatkan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan.
Video yang menjadi viral di laman sosial menunjukkan seorang penunggang motosikal terpelanting di atas jalan raya selepas dilanggar trak putih.
Mangsa kemalangan segera didekati seorang lelaki berpakaian Spiderman yang sedang memegang jambangan bunga.
Menurut laporan akhbar tempatan, lelaki yang bernama Wasan Ketsuwan turut dikenali sebagai “Flower Spiderman” adalah penjual bunga di sekitar kawasan jalan raya tersebut dalam pakaian Spiderman.
Rata-rata netizen yang menonton video itu memuji tindakan pantas Wasan yang segera menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan itu.
“Saya pernah bekerja sebagai pelakon teater sebelum menjual bunga. Selain baju Spiderman, saya juga mengenakan kostum Ironman dan Minion ketika menjual bunga,” katanya kepada akhbar tersebut.
http://englishnews.thaipbs.or.th/garland-vending-spiderman-praised-helping-accident-victim/