Gambar Michelle Obama jadi Beyonce paling menyerlah

Gambar Michelle Obama jadi Beyonce paling menyerlah

Susuk tubuh yang tegap, rupa paras wajah yang tajam dan mantap, menarik netizen sehingga menjadi gambar perkongsian utama.

michelle-obama-beyonce-look
fmt-ohsem-inside-article1Untung jadi artis, hari lahir mereka disambut seluruh dunia.

Tetapi bagi penyanyi antarabangsa, Beyonce Knowles hari lahirnya yang ke-36 bukan sahaja disambut secara unik oleh rakan dan ahli keluarga malah untuk tujuan yang mulia.

Rakan Beyonce yang menyambut hari lahirnya bukan calang-calang orangnya, senarai eksklusif itu terdiri daripada pemain tenis Serena Williams, isteri bekas presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama, bekas pemain band Destiny’s Child Kelly Rowland dan Bianca Lawson.

Ahli keluarganya pula terdiri daripada ibu Beyoncé sendiri, Tina Knowles dan nenek Hattie White, ibu Jay-Z, Gloria Carter dan anak pasangan itu, Blue Ivy.

Apa istimewanya sambutan hari lahir tersebut?

baju3
Kesemua nama di atas menghadiri sesi fotografi hitam putih, sebuah potret yang pernah diambil oleh Beyonce untuk video “Formation”.

Imej ikonik Beyonce itu diubah suai tetapi dengan mengekalkan struktur asal menggunakan model rakan dan ahli keluarga penyanyi itu.

Namun fotografi itu bukan dirakam sekadar suka-suka sebaliknya merupakan kempen mengumpul dana dan menyahut bantuan kepada mangsa yang terkesan dengan bencana puting beliung Harvey di kawasan kelahiran Beyonce, Houston.

Kempen itu yang dipromosi dengan hashtag #BEYGOODHOUSTON.

Menariknya, gambar yang imej Michelle Obama tular di laman sosial dan digambarkan sebagai foto yang paling sempurna oleh netizen.

Susuk tubuh yang tegap, rupa paras wajah yang tajam dan mantap, menarik netizen sehingga menjadi gambar perkongsian utama.

Jom kita lihat gambar-gambar formasi Beyonce itu!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.