

Pengarahnya pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2006 menerusi kisah Ratu Elizabeth II ketika kematian Puteri Diana, dan Stephen Frears kini tampil dengan kisah persahabatan permaisuri teragung dunia dan seorang lelaki India Muslim muda, Abdul Karim.
Filem itu menggambarkan set zaman Empayar British ketika berada di puncak, ketika India menjadi “permata pada mahkota” tersebut.
Skrip yang disampaikan oleh Frears mengetengah keangkuhan, kesombongan dan kejahilan mengelilingi zaman Imperial British, yang mungkin selama ini tersembunyi atau tidak didedahkan sepenuhnya.
Frears akui hubungan konvensyen antara budaya Britain dan India jelas berubah tetapi sikap perkauman dan Islamophobia terus berkekalan.
“Ia sepatutnya membawa mesej yang menyentuh hati. Saya juga fikir, ‘Filem apa yang ingin ditonton oleh Donald Trump?'” responnya berkenaan filem itu, seperti yang dipetik AFP.
Watak Abdul dimainkan oleh Ali Fazal selaku kerani penjara Muslim di India yang dipilih kerana fizikalnya di samping kemahuan ratu Victoria itu sendiri yang hanya mahukan lelaki tinggi. Abdul dihantar ke London pada tahun 1887 untuk menyampaikan syiling emas Mughal sebagai sebahagian daripada sambutan jubli emasnya.
Lawatan bersyarat itu sepatutnya berlangsung untuk jangka masa singkat. Lebih penting, Abdul harus mengelak daripada bertentangan mata dengan ratu, watak yang dimainkan oleh Judi Dench, 20 tahun selepas giliran pertamanya sebagai Victoria dalam filem “Mrs Brown”.
Namun, Abdul didapati melanggar syarat utama dan terpaksa tinggal lebih lama di istana diraja sekali gus mengubah segala tradisi yang dijaga rapi selama tempoh itu.
Pelakon dari India, Fazal berkata dia menyelidiki pelbagai buku sejarah untuk mendalami pengalaman unik Abdul.
“Waktu itu sangat berbeza dan detik yang diciptakan kedua-dua mereka di tengah-tengah Empayar Inggeris yang besar, mencetus sejarah yang unik,” katanya.
“Pada era di mana protokol sangat ketat, masih terdapat isu perkauman dan segala elemen yang kita hadapi sekarang,” tambahnya.
Pertemuan Victoria dan Abdul yang pertama tidak begitu baik, ketika ratu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang kuat nafsu makan, berbadan gemuk dan tidak mampu menolak keterujaan terhadap makanan.
“Saya dibuai kesepian, semua orang yang saya sayangi meninggal dunia satu per satu,” kata Victoria kepada kepercayaan baharunya 30 tahun selepas kematian suaminya Albert dan 4 tahun selepas kehilangan teman penjaganya dari Scotland, John Brown.
Kehadiran Abdul ternyata memulihkan kesepian Victoria dan memberikannya kehidupan baru.
Menurut Dench, tawaran untuk memainkan watak Victoria merupakan “tawaran yang tidak dapat ditolak”.
“Sikapnya sangat kompleks terhadap Abdul; ia bukan sekadar perasaan cinta tetapi kepuasan hati berdiri bersama seseorang selepas sekian lama menyendiri.”
Ikatan perhubungan antara Victoria dan Abdul menjadi kukuh apabila Abdul mengajar bahasa Urdu dan memperkenalkannya kepada Al-Quran dan puisi India.
Filem itu turut memapar watak waris ratu, Bertie, yang dimainkan oleh Eddie Izzard. Bertie melakukan pemberontakan terbuka ekoran hubungan antara ratu dan Abdul, termasuk mengancamnya dengan imej ratu hilang kewarasan.
Kepulangan Abdul ke India meninggalkan Victoria hanya soal masa dan jarak sahaja.
Kisah ratu Victoria pada awalnya tidak banyak tahu mengenai India, kemudian meminta Abdul menggambarkan buah mangga, belajar bahasa Urdu sehinggakan boleh menulis surat dalam bahasa tersebut namun segala bukti dan peninggalan itu dimusnahkan oleh Bertie.
Apa pun, detektif sejarah dan wartawan Shrabani Basu berjaya mengupas semula kisah tersebut.
Bukunya, “Victoria & Abdul: The True Story of the Queen’s Closest Confidant,” ditulis selepas dia menemui 13 jurnal Victoria yang ditulis dalam bahasa Urdu diajar oleh Abdul.
Ia mungkin terlepas daripada pandangan sejarawan British kerana bahasanya.
Shrabani kemudian menjejaki saudara-mara Abdul di Karachi yang membawanya kepada penemuan sebuah buku harian serta beberapa koresponden yang masih hidup tetapi tidak endahkan arkib British.
Surat-surat itu mengesahkan tahap keintiman antara pemuda itu dan ratu.
Dalam surat dan jurnal yang ditemui, Victoria menggambarkan Abdul sebagai “sahabat sejati”.
Filem Frears yang ditayangkan pada festival filem di Venice turut membawa nama pengarah sebagai menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat di majlis gala itu, Ahad lalu.