

Hmm… agaknya apa yang menjadikan bandar raya itu sebagai terbaik diduduki beberapa kali?
Menurut kaji selidik Unit Perisikan Economist, Melbourne mendahului semua 5 kategori yang diadili dalam menentukan bandar raya terbaik iaitu kestabilan politik; penjagaan kesihatan; budaya dan alam sekitar serta pendidikan dan infrastruktur.
Namun tidak menafikan kategori membabitkan kestabilan politik ternyata terjejas secara keseluruhan di kebanyakan negara ekoran beberapa insiden serangan pengganas yang aktif akhir-akhir ini.
Melbourne mendahului bandar raya seperti Austria, Vienna, bandar trio di Kanada iaitu Vancouver, Toronto dan Calgary.
“Ini adalah kemenangan untuk semua orang Victoria yang menyumbang begitu banyak jasa dalam menjadikan Melbourne sebagai lokasi terbaik untuk hidup di dunia,” kata Menteri Kanan Victoria, Daniel Andrews.
Kaji selidik yang dikeluarkan pada Rabu membabitkan 140 bandar di seluruh dunia. Ia juga mendapati bandar raya bersaiz sederhana di negara kaya itu paling baik untuk diduduki.
Bandar raya New York, London, Paris dan Tokyo kaya dengan pelbagai aktiviti dan menjadi bandar raya kegemaran namun hilang mata dari segi kadar jenayahnya yang tinggi dan kemudahan pengangkutan awam yang penuh sesak.
“Keganasan menjadi ugutan dan menggugat ketenteraman di banyak negara termasuk Australia, Bangladesh, Belgium, Perancis, Pakistan, Sweden, Turki, UK dan Amerika Syarikat.
“Ia menjadi fenomena yang semakin meningkat dan lebih menonjol,” petik laporan tersebut.
Bandar raya di AS menunjukkan kemerosotan drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana negara itu banyak terkait dengan isu keselamatan membabitkan rusuhan yang menyebabkan kematian orang kulit hitam di tangan pegawai polis.
“Negara itu juga hilang mata apabila banyak protes diadakan akhir-akhir ini sebagai tindak balas kepada dasar dan pemerintahan eksekutif Presiden Donald Trump.”
Isu ketegangan diplomatik antara Rusia dan Ukraine, ancaman nuklear Korea Utara, hubungan Iran dengan negara jiran, membawa kepada penurunan skor kestabilan di seluruh dunia.
Bandar di negara Syria seperti Damascus berada di nombor 140, didahului dengan Logos di Nigeria dan ibu kota Libya, Tripoli yang terperangkap dalam pertikaian tengah timur.