

Jadi hari ini FMT Ohsem mahu mencabar anda selesaikan 5 permasalahan di bawah.
Walaupun nampak sukar, permasalahan yang dikongsi ini sebenarnya pengiraan yang digunakan untuk kanak-kanak tadika.
Ya, kanak-kanak tadika yang berusia 6 tahun!
Jika anda berjaya menyelesaikannya, maka anda mungkin mengikuti teknik pembelajaran matematik kaedah Asia yang mendidik kanak-kanak menjadi lebih analitikal dalam menyelesai sesuatu masalah.
Apa, anda juga belajar di negara Asia tetapi tak pandai selesaikannya?
Menurut laporan Daily Mail, lebih banyak sekolah di Britain mula menggunakan kaedah pembelajaran matematik di Asia supaya dapat melatih anak mereka agar memiliki pemikiran yang lebih tajam.

Contoh soalan yang dikongsi ini dihasilkan oleh badan kurikulum bebas, Tes yang menyediakan pembelajaran untuk pelajar tahun 1 hingga 6.
Tes melancarkan koleksi pembelajaran matematik untuk membantu lebih banyak sekolah yang mahu menggunakan kaedah pembelajaran Shanghai dan Singapura.

Berkongsi pendapat mengenai teknik yang digunakan, Pembantu Ketua Sekolah Primrose Hill Primary School di London, Laura Beeson berkata, “Kami masih di peringkat awal dalam perjalanan penuh mencabar.”
Bagaimanapun beliau akui tidak boleh sewenang-wenangnya mengguna pakai pendekatan Shanghai kerana sistem pendidikan di negaranya berbeza.
“Perbezaan yang dimaksudkan merangkumi sistem pendidikan dan budaya. Ia tertakluk kepada pengajar untuk mempertimbang dan menilai kaedah yang sepatutnya digunakan dalam persekitaran sekolah di UK,” katanya.
Berikut soalan penyelesaian masalah yang dikongsi dan jawapannya. Kalau boleh buat, kongsi langkah kerjanya dengan kami ya!