Penyampai berita bergaya TV3, Safwan nak jadi penulis pula

Penyampai berita bergaya TV3, Safwan nak jadi penulis pula

Gaya penyampaian berita oleh wartawan penyiaran muda Safwan Sawi ternyata ada tarikannya tersendiri.

Safwan-Sawi-penulis-tv3
fmt-ohsem-inside-article1Aksinya keluar masuk gerabak tren MRT dalam persalinan kot dan seluar berwarna biru, intonasi suaranya berirama turun naik, berjalan catwalk tetapi sedikit laju, semuanya seolah memberi nafas baharu kepada cara penyampaian berita.

Sebaik laporan berita lelaki berkepala licin ini disiar dalam saluran berita TV3, nama Safwan Sawi terus menjadi pilihan penonton. Tidak kurang juga kepada yang mengecam, yang itu kita tolak ke tepi ya.

Safwan Sawi, dari tanah Borneo, graduan Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Komunikasi ini ternyata menetapkan tanda aras baharu kepada dunia penyiaran berita.

FMT Ohsem berpeluang menemuramah Safwan, berkongsi sedikit sebanyak momen keberkesanan penyampaian berita tersebut kepada penonton Malaysia.

Jom ikuti temuramah bersama jejaka kelahiran Labuan, Sabah ini!

https://www.youtube.com/watch?v=u2RwmRawB_s

Kredit: Berita Utama- Terkini dan Sensasi

FMT Ohsem: Bagaimana Safwan tampil dengan idea untuk menyampaikan berita mengenai MRT baik fasa 1 mahupun fasa 2 dengan cara unik itu?

Safwan: Ia berlaku secara tiba-tiba. Pada fasa pertama, jurukamera ketika itu, Jufri Judin mahu bereksperimen kamera baharunya, jenis “Osmo”. Dia asyik meminta saya supaya “move more” sepanjang pembikinan rakaman.
Bagi fasa 2 pula, saya didampingi 2 jurukamera, Jufri dan Ali Othman yang menggunakan 2 “drone” sepanjang rakaman. Tanpa kerjasama jurukamera, sukar untuk saya tampil dengan produk sedemikian.

FMT Ohsem: Apa proses yang dilalui untuk kedua-dua rakaman itu? Boleh kongsi pengalaman di sebalik rakaman?

Safwan: Seperti semua wartawan lain, saya juga membuat “homework” sebelum berdiri depan kamera. Awalnya “angle” yang difikir biasa-biasa sahaja. Tetapi kerana sokongan daripada jurukamera, kami tampil dengan hasil sedemikian.
Bagi fasa 2, sebenarnya saya menolak untuk buatnya. Ini kerana saya terima banyak kecaman ekoran penyiaran pertama itu. Tapi, sebaik saya pulang dari cuti Raya, bos pujuk saya untuk buat tetapi membenarkan saya buat cara biasa.

FMT Ohsem: Buat cara biasa? Maksudnya?

Safwan: Maksudnya, mungkin beliau (bos) tak mahu saya terkesan dengan kecaman lalu. Tetapi saya pula tak boleh buat cara biasa memandangkan saya sudahpun tetapkan satu tanda aras baharu. Mana boleh kalau saya sendiri tidak mengikutinya?
Jadi dengan bantuan 2 jurukamera yang menggunakan 2 drone, saya tampil dengan berita MRT jajaran baharu yang lebih berbeza dan meriah.

FMT Ohsem: Safwan ada beritahu pasal kecaman orang. Apakah kecaman itu dan bagaimana Safwan menghadamnya?

Safwan: Biasalah, kita buat sesuatu yang baharu dan mesti ada orang yang tidak menyukainya. Saya terima banyak komen dan papar rakam daripada penonton yang menggambarkan saya sebagai gedik, berjalan seperti model, penyampaian yang saya lakukan tidak menepati kualiti berita dan sebagainya.
Saya banyak belajar daripada semua kecaman itu, sama ada kelemahan mahupun kekuatan saya.

FMT Ohsem: Dah buat perancangan untuk pelancaran MRT fasa ke-3 yang dijangka pada 2022?

Safwan: Masa itu saya sudah tua kot (sambil ketawa), berilah peluang kepada mereka yang baharu dan mahu buat sesuatu yang lebih segar. Memandangkan saya dah tetapkan satu “benchmark”, saya harap orang baharu akan buat yang lebih baik. Tetapi kalau penonton mahukan penampilan saya, “why not kan?”. Nantikanlah penampilan saya yang lagi “vazz” kelak.

FMT Ohsem: Apa penerimaan bos dan penonton lain terhadap penyampaian berita anda yang berformat segar itu?

Safwan: Tentu sekali bos saya gembira dengan penyampaian berita yang santai pada hujung minggu. Bos terima pendekatan itu dan ia ala wartawan CNN terkenal, Richard Quest. Saya rasa “honoured”. Walaupun saya sedar tak layak lagi untuk sebaris atau setaraf Richard Quest tetapi perjalanan saya dalam bidang kewartawanan masih jauh.
Daripada penonton, anda boleh lihat sendiri di laman-laman sosial. Ia menyuntik semangat saya untuk terus memberi idea yang baharu dan kreatif.

FMT Ohsem: Apa reaksi Safwan jika ada orang lain yang menguna pakai kaedah sama dalam penyampaian berita mereka nanti?

Safwan: Kenapa tidak? Saya membenarkan semua kawan dalam bidang media untuk tampil dengan idea yang “happening” ini. Saya lagi suka jika ada orang turut serta dengan cara ini. Ia bukan meniru, ia adalah membangunkan idea, jadi tak salah.
Lagipun ramai lagi wartawan penyiaran tempatan yang kreatif, cuma mereka tidak viral seperti saya.

FMT Ohsem: Apa impian atau ke mana hala tuju Safwan dalam bidang media ini?

Safwan: Sebenarnya saya bermula di radio sebagai DJ. Masa itu saya masih muda. Sewaktu belajar, saya buat “intern” di TV3 dan saya dapat “offer” untuk bekerja di sana selepas tamat belajar.
Sekarang saya fikir, saya mahu jadi penulis atau wartawan supaya latar media saya kelihatan lebih sempurna dan cantik.

Kredit: MarioFanslol

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.