
Kita pernah dengar keluarga doktor, keluarga guru malah keluarga peguam, pernahkah anda dengar pasal keluarga juruterbang?Ibu, bapa, anak lelaki dan menantu dalam keluarga ini sentiasa berada di awangan, jarang bersemuka tetapi awan itu jugalah lokasi pilihan mereka.
Kita bercakap mengenai sebuah keluarga yang berkecimpung dalam dunia penerbangan selama 100 tahun!
Bagi keluarga dari New Delhi India ini, segalanya bermula daripada ibu bapa yang memulakan kerjaya juruterbang untuk memenuhi keghairahan mencapai sesuatu dan diikuti anak-anaknya.
Kapten Jai Dev Bhasin adalah ahli keluarga pertama yang melibatkan diri dalam bidang ini menjadi salah seorang daripada 7 komander di India pada 1954.
Anaknya, Kapten Rohit Bhasin dan menantu, Niveditha Jain meneruskan tradisi “terbang” itu.
Niveditha hanya berusia 20 tahun apabila menerima surat pelantikan dari Indian Airlines pada 24 Jun 1984.
Kini anak mereka Rohit Rohan Bhasin dan Niharika Bhasin meneruskan tradisi menjadi komander pesawat.

Dia juga menjadi komander Airbus 300 dan juruterbang bersama penerbangan “krew wanita sepenuhnya pertama di dunia”.
Ternyata, kejayaan wanita ini dalam bidang aviasi tidak terkira dan anak-anak beliau juga tidak mahu mengalah. Baru-baru ini anak perempuan pasangan ini Niharika mengambil alih Airbus A320.
Rohan dan Niharika tahu ibu bapa mereka bukan seperti ibu bapa lain dan mereka menerimanya dengan baik. “Mereka memahami dan cukup matang dalam menilai cabaran yang dilalui ibu bapa mereka untuk menjadi penjaga yang dapat meluangkan masa bersama,” petik NDTV.
Ketahui semua itu, Rohan dan Niharika tetap memilih kerjaya yang sama.
Rohan berjaya mengendalikan Boeing 777 dan keluarganya ternyata gembira dengan kejayaan itu.
Malah, kedua-dua bapa dan anak pernah menerbangkan Boeing 787 Dreamliner bersama sebanyak 10 kali.
Keluarga ini, salah satu atau mungkin satu-satunya keluarga yang meluangkan masa di atas awan berbanding di darat.