

Tetapi adakah ia selamat untuk dimakan? 107 tahun lamanya, mungkin tidak tetapi penyelidik pula akui sebaliknya.
Antarctic Heritage Trust (AHT) dalam laporannya menyatakan kek buah keluaran Huntley and Palmers itu, berada dalam keadaan baik, siap dalam balutan kertas.
Memetik laporan New York Post, kek buah itu berbau seolah boleh dimakan dan kelihatan masih elok berbanding pembalut bungkusannya yang ditemui dalam keadaan reput.

Mereka juga merungkai asal usul kek tersebut, menyatakan ia dipercayai dibawa seorang penjelajah Britain, Robert Falcon Scott.
Scott bersama 4 lelaki membawanya ketika expedisi Terra Nova pada 1910 hingga 1913 dan sampai ke Kutub Selatan.
Bagaimanapun, kelima-lima mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke kubu utama.
Pengurus program cawangan New Zealand, Lizzie Meek berkata penemuan kek itu dalam keadaan baik mengejutkan pihaknya memandangkan beberapa barangan dan tin pula didapati terhakis teruk.
“Kek buah adalah makanan bertenaga tinggi jadi sesuai untuk dibawa ke kawasan sejuk seperti Antartika,” katanya.
AHT bertanggungjawab menjalankan rawatan pemuliharaan dengan membuang karat dan ketidakseimbangan kimia.
Ia juga melapor kek itu berada dalam keadaan sempurna, jadi ada sesiapa yang mahu cuba makan?