Kakitangan kerajaan pakai topi keledar ketika bertugas

Kakitangan kerajaan pakai topi keledar ketika bertugas

Mereka berbuat demikian kerana bimbang cedera terkena serpihan siling bangunan yang sudah usang.

helmet
fmt-ohsem-inside-article1Sebuah pejabat di Bihar, India terdapat sekumpulan kakitangan yang tampil dengan pemakaian unik di sebuah bilik pejabat. Mereka didapati memakai topi keledar sambil menjalankan tugas masing-masing.

Kenapa?

Rupanya mereka berbuat demikian kerana bimbang cedera terkena serpihan siling yang jatuh kerana pejabat itu berlokasi dalam bangunan kerajaan yang sudah usang.

Beberapa keping gambar dan video tular di laman sosial sehingga menjadi perbualan dalam kalangan netizen khususnya mengenai keadaan pejabat yang mendukacitakan di negara itu.

Rakaman itu turut disiarkan rangkaian berita mendorong kepada siasatan dilakukan terhadap bangunan kerajaan di daerah Areraj.

Menurut laporan media tempatan bangunan itu disahkan sebagai tidak selamat untuk digunakan sejak 2 tahun lalu tetapi tiada tindakan diambil untuk memindahkan pekerja ke lokasi lebih selamat.

“Bangunan ini sudah lama. Dinding dan bumbungnya dalam keadaan amat teruk. Air akan meresap setiap kali hujan. Ia boleh runtuh bila-bila masa.

Memandangkan kami perlu bekerja, kami memutuskan untuk memakai topi keledar,” kata pekerja bangunan itu, Pervez Ahmad.

Kini selepas gambar dan video itu didedahkan, pihak berkuasa mengumumkan pejabat itu akan dipindahkan secepat mungkin.

Malangnya 4 pekerja yang dirakam dalam gambar itu diberikan notis tunjuk sebab kerana mendedahkan masalah itu kepada media dan bukan kepada pegawai atasan.

Hmm… kalau dah disahkan tidak selamat sejak 2 tahun lalu, bukankah itu sudah cukup untuk pegawai atas ambil tindakan? Hanya selepas mendapat liputan media baru mendapat perhatian pihak berkuasa, jadi siapa yang patut disalahkan?

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.