GrabBike satukan bapa dan anak yang berpisah 10 tahun

GrabBike satukan bapa dan anak yang berpisah 10 tahun

Salma terkejut melihat penunggang GrabBike yang merupakan bapa dia sendiri.

grabbike
fmt-ohsem-inside-article1Selepas 10 tahun berpisah dengan bapanya, seorang pelajar perempuan tidak menyangka dia bertemu semula insan tersayang itu secara tidak sengaja.

Terima kasih kepada GrabBike di Indonesia!

Remaja yang bernama Salma Zuhara, 17 berkongsi gambar selfie dia bersama bapanya di laman Instagram mendapat lebih 74,000 “like” dan 5,000 komen daripada pengguna media sosial.

Menurut laporan akhbar tempatan di Indonesia, Salma dan bapanya terpisah selepas ibu bapanya bercerai.

Sejak mereka berpisah, Salma tidak pernah bertemu bapanya.

Bagaimanapun, dalam beribu penunggang GrabBike, perkhidmatan teksi motosikal tempahan Salma untuk pulang ke rumah menemukan dia dengan bapanya.

“Saya menempah GrabBike selepas sekolah untuk pulang ke rumah. Apabila penunggang itu tiba saya terkejut kerana penunggang itu adalah bapa saya sendiri.

“Sebenarnya, ibu dan bapa saya sudah lama bercerai dan saya tidak pernah bertemu bapa saya sejak itu.

“Kini tuhan menyatukan kami kembali. Saya sangat gembira,” katanya.

Ternyata kisahnya itu disambut jutaan pengguna media sosial yang mengucapkan supaya pertemuan anak beranak itu kekal dan bahagia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.