
Siapa sangka seorang pemuzik jalanan di Makassar menemui cinta hatinya di Perancis.Macam filemkan? Tetapi kisah itu benar-benar berlaku apabila lelaki tersebut, Rizal Hamid, 36, jatuh hati dengan seorang wanita Perancis, Julie Martha, 36.
Namun, mereka berhadapan masalah bahasa apabila Rizal tidak pandai berbahasa Perancis atau Inggeris dan Julie pula tidak tahu berbahasa Indoensia.
Jadi, apa pasangan itu lakukan untuk berkomunikasi? Apa lagi, guna Google Translate lah!
Manakala laporan Liputan6 pula mendedahkan berita Rizal sudahpun memahirkan diri dalam bahasa Perancis selepas menjalani latihan belajar bahasa itu demi kekasihnya.Bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, Julie juga melakukan perkara sama dengan mengikuti kursus bahasa Indonesia untuk memahami apa yang cuba disampaikan teman lelakinya.
“Sekarang sudah tidak susah, saya menghadiri kelas bahasa Perancis. Julie juga sudah hadir kursus bahasa Indonesia,” katanya.
Rizal yang berasal dari Kelurahan Biring Romang, Kecamatan Manggala, Kota Makassar, menjadi sensasi media sosial selepas gambar majlis pernikahannya pada 5 Ogos lalu tersebar.
Netizen yang melihat gambar tersebut ternyata terkejut dengan pasangan pengantin itu seorang wartawan jelita warganegara Perancis.
Sebelum itu, Rizal dikatakan mengadakan majlis nikah bersama Julie di Paris, Perancis.
Kita tunggu bagaimana kisah cinta mereka bermula.