Didenda RM2500 kerana pakai burkini di kolam renang

Didenda RM2500 kerana pakai burkini di kolam renang

Fadila berkata denda itu adalah sebagai kos untuk membersihkan kolam tersebut.

burkini
fmt-ohsem-inside-article1Salahkah berenang dengan mengenakan burkini?

Ini kerana seorang wanita dilapor didenda pihak pengurusan sebuah pusat penginapan peribadi selepas dia didapati bermandi-manda di kolam renang dengan memakai burkini.

Kejadian berlaku berhampiran Marseille di selatan Perancis.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fadila berkata, denda itu adalah sebagai kos untuk membersihkan kolam berkenaan.

Ekoran itu dia mengadu kepada badan Bersatu Menentang Islamofobia Perancis (CCIF).

Fadila yang menyewa bilik di penginapan itu berkata, sebaik memasuki kolam untuk berenang, seorang kakitangan mengarahkan orang lain meninggalkan kolam itu.

Pemiliknya kemudian menelefon suaminya, menyuruh dia berhenti menggunakan kolam berkenaan sepanjang mereka menginap di situ.

Selepas itu, mereka diarah membayar denda, 490 euro (RM2,500), kos pembersihan kolam berkenaan, petik agensi.

“Saya terkejut kerana tidak ada orang melarang saya atau memberitahu saya tidak boleh mandi dengan memakai burkini di kolam itu sebelum saya memasukinya.

“Saya terkejut dan amat kecewa kerana sikap kejam dan hipokrit mereka semata-mata kerana burkini,” kata Fadila dalam aduannya kepada badan berkenaan.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan membayar denda tetapi wang berkenaan diambil pemilik penginapan berkenaan daripada akaun mereka tanpa sebarang invois.

CCIF mendakwa tindakan itu sebagai tidak adil kerana tidak salah memakai burkini semasa berenang.

Lagipun ia sememangnya direka untuk tujuan berenang bagi mereka yang mahu menutup aurat dan tidak akan menyebabkan sebarang pencemaran, petik kenyataan CCIF.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.