Jambatan 494 meter, di ketinggian 85 meter terpanjang di dunia

Jambatan 494 meter, di ketinggian 85 meter terpanjang di dunia

Jambatan Charles Kuonen di Switzerland mencatat rekod baru sebagai jambatan terpanjang di dunia.

Jambatan12
fmt-ohsem-inside-article1Hampir setengah kilometer perjalanan pejalan kaki di atas jambatan yang diiktiraf sebagai jambatan yang terpanjang di dunia, kini siap dibina dan dibuka untuk orang ramai.

Jambatan pejalan kaki sejauh 494 meter, di ketinggian 85 meter dikenali sebagai Charles Kuonen Suspension Bridge di Switzerland mencatat rekod baru jambatan terpanjang di dunia menurut badan pelancongan, Zermatt Tourism.

Menariknya mengenai jambatan itu ialah peluang menikmati pemandangan semula jadi di Matterhorn, Weisshorn dan Bernese Alps sepanjang seseorang berjalan di atasnya.

“Berapa kerap anda berpeluang untuk menyeberangi jambatan yang mempunyai rekod dunia?” kata Pengarah Zermatt Tourism, Daniel Luggen pada majlis perasmian jambatan tersebut baru-baru ini.

Jambatan13

“Pengalaman dan keseronokkan berada di tempat tinggi itu merupakan satu pengalaman yang sukar dijelaskan,” tambahanya.

Jambatan itu menggantikan jambatan lama yang rosak dan dinamakan sempena nama ketua penaja, seorang ahli psikologi yang juga pemilik kedai wain Swiss.

Jambatan ini terletak di antara lembah bandar Zermatt dan bandar Grächen.

Jurucakap pelancongan, Edith Zweifel pula menjelaskan lazimnya, perjalanan untuk menyeberangi lembah tersebut yang memakan masa 2 ke 3 jam bagaimanapun dapat dipendekkan kepada 10 minit dengan adanya jambatan itu. (Perjalanan dari bandar Zermatt ke Grächen biasannya mengambil masa 2 hari).

Jambatan1

Walaupun ketinggian jambatan itu mengurangkan risiko batu terjatuh, namun pendaki yang menggemari ketinggian perlulah merancang perjalanan mereka sebelum mula mendaki.

“Bagi mereka yang gayat dan takut untuk berada di tempat yang tinggi, mereka hanya perlu memejamkan mata ataupun memastikan ada seseorang yang berjalan di belakang mereka,” kata Zweifel.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.