Clever Girl musim 2 disertai pelakon, pelajar universiti Oxford

Clever Girl musim 2 disertai pelakon, pelajar universiti Oxford

Peserta yang dijangka menjadi pesaing utama ialah pelajar universiti Oxford di United Kingdom, Syakirah.

clever-girl
Ingat lagi rancangan menguji kepintaran dalam kalangan wanita muda, Clever Girl yang diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia pada tahun lalu?

Biarpun rancangan yang disiarkan secara langsung itu menerima pelbagai kecaman ekoran penilaian penonton terhadap sesetengah peserta, ia tetap antara program televisyen yang diminati.

Ekoran itu, Clever Girl musim ke-2 diperkenal dan para pesertanya juga sudahpun disenarai pendek, bakal ke udara di atas pentas bermula 4 Ogos.

Menurut laman web Tonton.com, seramai 14 peserta mewakili setiap negeri termasuk Wilayah Perseketuan dan pemenang akan berjalan keluar dengan hadiah berupa wang tunai RM100,000.

Kali ini 2 peserta menjadi tumpuan pihak media dalam majlis memperkenalkan peserta Clever Girl musim ke-2 baru-baru ini, petik mStar Online.

Hani Nazrina Hanizar, 21, merupakan pelakon yang dikenali menerusi drama Shhh… I Love You akui menyertai pertandingan itu kerana mahu buktikan pelakon juga berpengetahuan am luas dan berilmu.

Hani mewakili Perlis merupakan graduan ijazah sarjana muda Sains Aktuari dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata lakonan dan pertandingan tersebut adalah 2 perkara berbeza, membabitkan bakat dan ilmu.

Oleh itu dia mahu buktikan dirinya seorang pelakon yang berilmu pengetahuan.

Dalam pada itu, seorang lagi peserta yang dijangka menjadi pesaing utama ialah pelajar universiti Oxford di United Kingdom, Noor Syakirah Mohd Azam yang berusia 27 tahun.

Kelayakan pendidikan Syakirah pasti meletakkanya sebagai peserta harapan tinggi.

Apapun, Syakirah akui dia bersedia dengan apa jua kemungkinan termasuk meninggalkan rancangan itu lebih awal dan berharap penonton tidak terlalu memberi perhatian kepada latar belakang pendidikannya.

Syakirah mewakili Pulau Pinang merupakan pelajar jurusan Sains Kejuruteraan dan akui bukan semua soalan yang akan diutarakan berkaitan dengan latar pendidikannya.

Dua belas peserta Clever Girl musim ke-2 yang lain adalah Sara Amelia Muhammad Bernard, 24, Aliasuraiya Mohd Isa, 25, Vishebannu Krishnan, 22, Nur Ilya Badaruddin, 27, Mas Syahmi Izzah Izhar, 24 dan Fadila Zukaira Mohd Nor, 24, Nurul Shazalina Zainudin, 30, Nurul Ain Aziz, 27, Nur Emyllia Halmi, 28, Syafiqah Ishak, 30, Shazana Kamarzaman, 24 dan Camellia Onn, 28.

Selebriti Alif Satar akan mengacarakan program itu.

https://www.youtube.com/watch?v=E8IA4M608_Y

kredit: BroKhalid

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.