Bapa sumbat anak dalam stoking untuk promosi produk

Bapa sumbat anak dalam stoking untuk promosi produk

Cheng mengangkat-angkat stoking yang memuatkan anaknya dengan memegang kepala stoking tersebut untuk menunjukkan betapa ia tahan lasak dan elastik.

Cheng-anak-dalam-stokin
fmt-ohsem-inside-article1Seorang bapa dikecam teruk oleh netizen, walaupun niat asalnya untuk mempromosikan produk.

Pengurus pemasaran itu dianggap menyalahgunakan kanak-kanak untuk mempromosi stoking jualannya.

Menerusi satu video yang dimuat naik olehnya, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Cheng dilihat menyumbat anaknya dalam stoking besar sehingga seluruh badan diliputi stoking tersebut.

Dia kemudian mengangkat-angkat stoking yang memuatkan anaknya dengan memegang kepala stoking untuk menunjukkan betapa ia tahan lasak dan elastik.

Adakah promosi stoking memerlukan aksi sedemikian? Menurut laporan akhbar tempatan di China, lelaki itu terdesak berbuat demikian kerana mahu melariskan perniagaannya yang agak perlahan sekarang.

https://www.youtube.com/watch?v=jcoRxWyjq_I

Namun, netizen yang menonton video 8 saat itu mempunyai komen berbeza.

Ada di antara mereka yang menyatakan lelaki itu bukan bapa sebenar kanak-kanak tersebut dan mempersoal bapa mana tergamak berbuat demikian.

Dalam pada itu, sesetengah netizen memuji idea kreatif bapa tersebut dan memberi sokongan kepada anak lelakinya itu.

Ada yang kata taktik itu berkesan, tetapi tak pasti jika boleh membantu dalam penjualan produknya.

Cheng pula berkata dia menghargai kerjasama anak lelakinya sementara anak perempuannya merakam aksi itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.