Datuk Vida tayang video ‘shopping’, belanja ratusan ribu ringgit

Datuk Vida tayang video ‘shopping’, belanja ratusan ribu ringgit

Dalam satu klip video, beliau menunjukkan jam tangan berjenama Chopard yang dibeli untuk anak perempuannya.

dato-vida-tayang-jam
fmt-ohsem-inside-article1Sukanya tengok jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida “shopping” membeli barangan berjenama.

Laman sosial Instagram milik Vida, berkongsi segala aktiviti “shopping” Vida, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk anaknya.

Terbaru Vida memuat naik beberapa video menunjukkan beliau dan anaknya sedang membeli-belah di Starhill Gallery membelanjakan ratusan ribu ringgit membeli jam tangan, beg tangan, cermin mata hitam dari jenama Van Gogh, Louis Vuitton dan lain-lain.

Dalam satu klip video beliau menunjukkan jam tangan berjenama Chopard yang dibeli untuk anak perempuannya.

Sambil menunjukkan kaca mata bersisi “bling-bling”, jam tangan Chopard dan seutas lagi jam tangan bertali warna pink Chopard, “Yang ni RM330 riban (mungkin: ribu). Tak kita tak sale (mungkin: beli) dululah. Nanti dulu tak…,” katanya.

https://www.instagram.com/p/BWEnpNOBPe3/?taken-by=datoserivida

Chopard, adalah jenama jam tangan dan aksesori mewah Swiss yang berprestij dengan harga setiap utas jam tangan mencecah ratusan ribu ringgit.

Sarat dengan beg beli-belah, video sama turut menunjukkan kelibat pengarah drama popular Michael Ang yang dipercayai terserempak dengan jutawan itu.

https://www.instagram.com/p/BWDpA-EBSbM/?taken-by=datoserivida

Dalam klip video yang berbeza pula, Vida kelihatan mencari “sling bag” Van Gogh dan LV edisi terhad untuk dibeli sebagai koleksi.

Vida yang akui membelanjakan beberapa minit membeli-belah dari jadual harian beliau yang sibuknya akan kembali lagi untuk “shopping” dengan lebih selesa lagi.

Hmm… beberapa minit pun dan beberapa ratus ribu ringgit dibelanja..

https://www.instagram.com/p/BWDMDY1B8UI/?taken-by=datoserivida

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.