Cucu Tunku Abdul Rahman sebar kemanusiaan guna buku

Cucu Tunku Abdul Rahman sebar kemanusiaan guna buku

Buku ini menggambarkan hubungannya yang kompleks dengan persekitarannya serta apa yang berlaku di seluruh dunia termasuk peperangan serta penindasan.

puteri-arina-paracosm-buku
fmt-ohsem-inside-article1Ketika kebanyakan remaja sebaya cenderung mengikuti perkembangan di media sosial, Puteri Fateh Arina Merican Megat Suffian Merican pula sibuk menghasilkan puisi serta lukisan berdasarkan imaginasinya.

Memang menjadi impiannya untuk mencipta nama dalam bidang kesusasteraan dan bakatnya mula menyerlah dengan penghasilan puisi seawal usia 7 tahun.

Beliau yang sudah mencapai usia 17 tahun, baru sahaja melancarkan buku berdasarkan dunia imaginasinya bertajuk “Paracosm”.

“Buku Paracosm ini berdasarkan imaginasi mengenai apa yang saya lalui dalam kehidupan saya. Saya pasti ramai anak muda di luar sana yang melalui apa yang saya rasakan iaitu penyisihan, diskriminasi dan membesar sebagai kanak-kanak yang boleh dilihat tetapi tidak dipedulikan.

“Kita tak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan orang lain. Buku ini mengenai diri saya, itu sebabnya saya namakan ‘Paracosm’, dunia imaginasi yang terperinci,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Bernama di kediamannya di Kelana Jaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Buku ini menggambarkan hubungannya yang kompleks dengan persekitarannya serta apa yang berlaku di seluruh dunia termasuk peperangan serta penindasan.

Mesra dipanggil Arina, anak sulung daripada 3 beradik ini berkata beliau adalah seorang yang suka berangan, setiap hari. Bagaimanapun, mereka yang kenal dengan remaja ini tahu beliau pakar bercerita.

Catat mimpi bimbang terlupa

Arina juga mempunyai amalan iaitu mencatat setiap mimpinya sebaik bangun dari tidur kerana bimbang akan terlupa.

“Ada juga peristiwa pahit dalam hidup saya dan kadang kala ada pemikiran yang begitu menekan perasaan yang membuatkan saya tidak lena tidur.

“Hampir semua orang di keliling saya tak menghormati pandangan saya dan tak menghargai saya,” katanya dalam ruangan kata pendahuluan untuk bukunya “Paracosm” yang dilancarkan di Universiti Malaya pada 6 Mei lepas.

Dalam bahagian kedua buku itu yang bertajuk ‘Urban Daydreams on Lazy Days’ Arina juga menggambarkan dirinya sebagai unggas malam.

“Saya tak boleh tidur pada waktu malam. Saya terlalu gelisah sebagai ada desakan untuk saya bangun dan belajar. Memang pun saya akan bangun dan terus belajar sehingga lewat malam,”katanya.

Sebar kemanusiaan menerusi penulisan

Arina berhasrat untuk menyebarkan prinsip kemanusiaan menerusi hasil kesusasteraannya. Beliau mahu seluruh dunia tahu perasaannya menerusi hasil tulisan puisinya.

Remaja ini begitu sedih melihat kanak-kanak serta ibu bapa mereka terkorban dalam peperangan. Ketika berusia 7 tahun, beliau menjadi terkenal kerana menghasilkan puisi mengenai kanak-kanak serta wanita yang menderita ditindas.

Hampir satu dekad kemudian seorang kanak-kanak lelaki Syria, Alan Kurdi mati lemas di Laut Mediterranean Sea iaitu pada 2015 ketika keluarganya melarikan diri daripada peperangan di negaranya. Anak kecil itu dijumpai mati di pesisiran pantai Bodrum, Turki.

Arina yang amat terkesan dengan kematian anak kecil itu menulis sebuah puisi yang begitu meruntun perasaan dan mencurahkan kesedihannya menerusi puisinya bertajuk ”Sleep Well, My Brother”.

“Kita melalui evolusi, kita sudah terasing daripada generasi sebelumnya dan sudah tiba untuk zaman baru. Secara jujurnya bagi saya dunia kita dilanda kemusnahan dan kita hampir memusnahkan kehidupan kita yang dipenuhi dengan perperangan dan kekacauan,”katanya.

“Dalam Paracosm, saya mengisahkan pengalaman saya ke Genocide Museum di Phnom Pehn dan ketika berada di sana saya menggambarkan semua orang yang disiksa.

“Seolah-olah saya boleh mendengar jeritan mereka yang diseksa, suara dibalut ketakutan,” kata Arina yang menamatkan persekolahan menengahnya di Kolej Tunku Kurshiah in Negeri Sembilan.

Puisi-puisinya disiar dalam setiap isu majalah “Saujana” Kolej Tunku Kurshiah sejak beliau memulakan persekolahan di kolej itu pada 2012.

Beliau juga seorang ahli bahas dan pada 2015, Arina menjadi johan bersama Pertandingan Tun Siti Hasmah International Elocution Competition, di mana beliau turut mengarang dan membaca puisi “Three Birds”.

Mahu jadi peguam hak asasi

Arina bercita-cita menjadi peguam, tetapi bukan dalam bidang yang membolehkan beliau mengumpul kekayaan. Sesuai dengan personaliti serta aspirasinya, beliau mahu menjadi peguam hak asasi manusia.

Remaja ini dibesarkan dalam keadaan yang selesa dan keluarganya dari golongan kelas pertengahan. Ibu bapa serta datuk neneknya semua peguam.

Merendah diri sebati dalam diri Arina, justeru tidak ramai yang tahu remaja ini adalah cucu Bapa Kemerdekaan dan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman putra Al-Haj.

Arina juga mengagumi Amal Clooney, peguam hak asasi antarabangsa yang tidak asing lagi dan beliau berharap dapat meraih kecemerlangan seperti mereka.

“Saya bercadang belajar di universiti tempatan dan tengok nanti perancangan saya seterusnya,”katanya.

Menurut Arina perlu ada revolusi dalam isu hak asasi manusia di Malaysia.

“Golongan dewasa perlu memberi peluang kepada anak muda. Sepanjang ingatan saya orang dewasa sering berkata generasi saya ini pemalas dan hanya tahu main telefon bimbit. Mereka tak seharusnya berkata begitu.

“Mereka (ibu bapa) perlu ingat kami juga mahu merubah dunia,” kata Arina yang sedang menulis buku keduanya.

‘Paracosm” boleh dibeli di kedai buku dengan harga RM30 senaskah dan hasil jualan akan didermakan kepada Yayasan Tun Suffian.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.