
Air mata mengalir secara automatik bila menonton klip video ini. Kisah ini benar dan berlaku pada seorang anak berbangsa Filipina lahir di negara itu tetapi membesar di Australia kerana ibu bapanya hilang.Joel de Carteret, satu nama yang tidak asing dalam dunia pembikinan filem di Sydney, hanya berusia 5 tahun ketika hilang di pasar basah Muñoz Market.
Dia kemudian dijumpai seorang pemandu jeepney dan dibawa ke rumah anak yatim. Akhirnya dia diambil sebagai anak angkat oleh pasangan Australia.
Kini, dia yang berusia 35 tahun mahu mencari balik ibu bapa kandungnya dan membuat keputusan kembali ke Manila, lebih tepat lagi ke lokasi pasar yang dia hilang 30 tahun dahulu.
Pada mulanya, usaha itu seakan sia-sia sehinggalah Joel menerima pelbagai pertolongan daripada individu dan kumpulan yang berbeza termasuk GMA Network dan stesen radio berita DZBB.
Jessica Soho seorang penerbit rancangan dokumentari majalah terkenal, Kapuso Mo menerbitkan kisah Joel dalam 3 bahagian manakala Mike Enriquez mempelawa Joel sebagai tetamu undangan untuk rancangan radionya.
Program 60 Minutes yang terkenal di Australia juga memapar kisah penyatuan anak dan ibu itu dan segala cabaran di sebaliknya.
Menurut GMA Network, pengacara Liam Bartlett, menemuramah kedua-dua wartawan Kapuso mengenai keputusan mereka membantu Joel.
Jessica menyifatkannya sebagai “sebuah kisah yang indah untuk diceritakan.”
“Ia, detik yang sangat indah. Melihat kedua-dua ibu dan Joel bersama dan kami harapkan untuk lebih banyak kisah dengan ‘happy ending’,” katanya.
Manakala, Mike terharu dengan usaha Joel, “Nasib baik ia menjadi satu kisah yang positif sekali gus sebuah kisah yang bernilai tinggi.”
“Ini sudah ditakdirkan. Kami hanyalah alat untuk Joel dan ibunya dan untuk semua orang yang lain. Kita akan ada lebih ramai Joel di stesen radio, di studio dan kehidupan kami… Apa yang kami lakukan untuk Joel, akan dilakukan sama kepada semua orang yang lain atau secara lebih intensif,” simpulnya.
Joel tampil menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada GMA dan kedua-dua wartawan yang membantu dalam misi mencari ibu bapa kandungnya.
Ikuti kisah Joel dan kesatuan ibu kandung bersama ibu angkatnya, warga Australia dalam klip video penuh harapan dan emosi ini.
Setiap babak menceritakan usaha berterusan Joel mencari sehinggalah berjumpa 2 wanita yang mempunyai kisah paling rapat untuk menjadi ibu kandung.
Wanita pertama gagal ujian DNA tetapi mengharapkan penonton berdoa untuknya menemui anaknya, manakala hubungan wanita kedua dan Joel lebih “penuh harapan”.
Ujian DNA juga membuktikan mereka ibu dan anak yang sah.
Sebelum bertemu ibunya, Joel juga berjaya mengesan bapanya yang kini menjadi mekanik automobil di Amerika Syarikat selepas berpisah dengan ibu Joel.
https://www.facebook.com/joeldecarteret/posts/10154716582127749