Cakap pasal cuti Raya, rakyat Arab Saudi dapat 23 hari

Cakap pasal cuti Raya, rakyat Arab Saudi dapat 23 hari

Negara yang mempunyai penduduk Islam mengumumkan cuti Aidilfitri selama 4 hingga 23 hari.

arab-saudi-raya-eid
fmt-ohsem-inside-article1Untungnya rakyat Arab Saudi menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Ini kerana negara itu mendahului carta dengan memberi cuti paling lama bagi rakyatnya sempena sambutan perayaan terbesar umat Islam.

Mari kita lihat jumlah hari bercuti negara Islam di dunia.

Hari Raya dijangka jatuh pada Ahad atau Isnin, selepas pencerapan anak bulan dilakukan Sabtu ini dan kebanyakan negara Islam sudah mempertimbangkan jumlah hari cuti kepada rakyatnya.

Menurut Al-Jazeera, Arab Saudi memberikan cuti paling lama, iaitu selama 23 hari, mulai 21 Ramadan sehingga 15 Syawal yang bersamaan 16 Jun lalu sehingga 8 Julai nanti.

Di Qatar, kerajaannya memberi cuti selama 11 hari bermula 23 Jun lalu sehingga 3 Julai ini.

Manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait memberi cuti 9 hari, jika Aidilfitri diumumkan pada Isnin ini sebaliknya hanya 5 hari jika Aidilfitri disambut pada Ahad.

Tidak kira raya jatuh pada Ahad atau Isnin, rakyatnya akan bercuti mulai esok.

Bagi Oman, rakyatnya dibenar menikmati cuti selama 9 hari mulai esok sehingga 1 Julai ini.

Jordan dan Palestin pula bercuti 6 hari mulai esok sehingga Rabu depan.

Sementara itu, Mesir memberi cuti 5 hari kepada rakyatnya dari esok sehingga Selasa depan.

Ini diikuti Lubnan dengan cuti 4 hari jika Aidilfitri diisytiharkan pada Isnin dan 3 hari jika ia diumumkan pada Ahad.

Ini menunjukkan dalam mana-mana situasi, cuti tu bermula Sabtu ini.

Kecuali Pakistan, bercuti selama 3 hari bermula Isnin ini sehingga Rabu dan Filipina, bukan sebuah negara Islam turut bercuti 3 hari mulai Sabtu ini.

Aidilfitri diwartakan sebagai cuti umum di Filipina sejak 2002.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.