Prima Valet dah ada butik di Bangi

Prima Valet dah ada butik di Bangi

Pembeli kini berpeluang melihat dan merasai sendiri koleksi rekaan yang sebelum ini hanya boleh dilihat menerusi alam maya.

Prima-Valet13
fmt-ohsem-inside-article1Pusat pengeluar fesyen pakaian siap (ready-made) dalam talian, Prima Valet (PV) kini membuka butik pertamanya di Bangi, Selangor selari dengan inisiatif untuk memasarkan kesemua produk pakaian di bawah satu bumbung.

Ini bagi membolehkan pembeli melihat dan merasai sendiri secara lebih dekat koleksi rekaan yang sebelum ini hanya boleh dilihat menerusi alam maya.

Ia pasti menjadi berita baik kepada pengikut PV apatah lagi menjelangnya hari lebaran, Hari Raya Aidilfitri.

PV menyediakan koleksi untuk semua peringkat golongan pada harga berpatutan dan promosi menjelangnya musim perayaan.

Seperti yang dipamerkan dalam pertunjukkan fesyen Star Lebaran Fesyen 2017 baru-baru ini, kesemua koleksi Raya menghimpunkan pemilik jenama pakaian yang semakin kukuh di negara ini.

Antaranya ialah Elrah Exclusive, Nur Amirah, far8byalteliaamani X Elrah Exclusive by Fattah Amin, Meylana, Sasqia by Shasya Habib, Asyalliee by Shasya Habib, Amy Search by Elrah Exclusive, Nur Aishah X Elrah Exclusive.

Turut dipamer ialah koleksi jenama Shaheizy Sam X Elrah Exclusive, Puteri Zarith by Altelia Amani, Michael Ang X Elrah Exclusive, Youme&Hunny X Elrah Exclusive, Zukie by Elrah Exclusive dan Altelia Amani X Elrah Exclusive.

Pengarah Urusan PV, Hilmi Bin Che Azman berkata, sambutan yang meluas membolehkan PV membuka lebih banyak butik sekali gus memudahkan pengguna yang lebih suka membeli-belah secara fizikal.

“Sempena pembukaan butik ini, PV memperkenalkan jualan penjimatan hebat agar dapat menarik minat penggemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru,” kata Hilmi.

Bukan itu sahaja, PV turut mencari inisiatif membantu pengguna mencari pendapatan sampingan dengan membuka ruang perniagaan baharu iaitu menjadi agen, pembekal dan personal shopper PV.

“Personal Shopper akan memainkan peranan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai jenama dari segi kualiti dan pengayaan selain menjadi wakil membeli-belah.

“Mereka yang berkecimpung dalam kerjaya ini memerlukan kemahiran khusus dari segi interaksi dan komunikasi bersama pelanggan,” tambah Hilmi.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan PV, Dr Arshad Beg berhasrat menjadikan PV sebagai pusat pemakaian siap terbesar di Malaysia.

Ekoran itu, PV bakal membuka 4 kedai yang mengutamakan fesyen siap pakai untuk koleksi Hari Raya bagi golongan kanak-kanak hinggalah dewasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.