
Netizen kecewa dengan iklan Raya, rangkaian farmasi Watsons, “Lagenda Cun Raya Watsons” yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti.Iklan tersebut dikecam teruk pengguna media sosial selepas dimuat naik dalam Facebook Watsons Malaysia kerana bersifat ‘rasis’ terhadap wanita berkulit hitam.
“Pembikinan yang baik tetapi salah secara politikal. Apa? Kulit hitam itu tidak cantik? Sangat tidak sensitif dan tidak bercita rasa baik,” tulis Aamyer Mohamed.
Iklan yang diberi banyak “hype” lebih-lebih lagi melibatkan pelbagai selebriti utama ini dinanti-nantikan netizen sejak gambar dan klip pembikinan dikongsi dalam laman sosial tersebut.
Bagaimanapun, selepas video penuhnya dikongsi kira-kira 12 jam yang lalu, ia menerima pelbagai komen negatif rata-rata mengecamnya sebagai tidak sensitif, rasis, tidak sesuai dan sebagainya.
Ramai netizen tampil menasihati Watsons supaya menarik balik video yang sudah dikongsi lebih 1,500 kali dan ditonton lebih 247,000 kali.
Video iklan itu dibikin berlatarkan kisah ‘orang kaya’ dari Arab yang mencari wanita misteri dalam mimpinya untuk dijadikan pasangan hidupnya.
“Tiada hikayat yang lebih epik dari Legenda Cun Raya Watsons! Apabila para puteri dan jelitawan nak buat Saudagar Kaya Al-Kazam terpikat, bermacamlah gelagat!
“Dibintangi artis-artis tersohor Malaysia seperti Uqasha Senrose, Kamal Adli, Raja Ilya, Ruhainies, Sasha Saidin, Amber Chia, Thanuja, Alvin Chong dan ramai lagi. Look Cun, Feel Great! #LegendaCun #WatsonsMalaysia,” petik muatnaik tersebut.

Misalnya bagi pengguna bernama Airell Rezell menyatakan ia berlatar cerita hikayat di mana Dayang Senandung sememangnya berkulit gelap dan bertukar menjadi cerah.
“Hanya kisah dongeng bukannnya trying to instill black is ugly. The fact that Al Kazam still choosing her despite her skin color is the one that you need to look at. Just that she’s no longer black. If you are saying that this is insensitive cerita Dayang Senandung pun nak kena banned jugak? It is racist if you think that way,” tulisnya.
Setakat ini Watsons Malaysia belum mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung isu itu.
https://www.facebook.com/watsonsmalaysia/?hc_ref=NEWSFEED