Tony Fernandes bersihkan pesawat rai Hari Krew Kabin

Tony Fernandes bersihkan pesawat rai Hari Krew Kabin

Tindakan Tony dipercayai dirakam diam-diam oleh seseorang sewaktu beliau membantu krew kabin mengumpul dan membersihkan sampah dalam pesawat.

Tony-Fernande_airasia_work_600
fmt-ohsem-inside-article1Ada sahaja perkara yang dilakukan krew syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia sehingga menarik perhatian netizen.

Satu klip video yang menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes membantu krew kabin mengumpul sampah penumpang tular di laman sosial.

“Hari yang hebat di Indonesia. Airasia Indonesia hebat. Tindak balas yang baik. Ps Saya suka baju T dan seluar trek dari bape.”

Status itu dimuatnaik bersama sekeping gambarfoto bersama kakitangan AirAsia Indonesia di dalam pejabat.

Beliau kemudian dilihat berpakaian sama, membantu krew kabin menjalankan tugas mereka dalam pesawat.

Tony kemudian berkongsi satu lagi pesanan dalam Instagramnya, mengenai perbuatannya itu dirakam diam-diam sewaktu membantu krew kabin mengumpul dan membersihkan sampah dalam pesawat.

“@audreypetriny secara senyap merakam saya. Bersempena dengan Hari Krew Kabin dan memandangkan pesawat agak penuh, saya memutuskan untuk membantu. Terima kasih kepada semua krew dan usaha keras mereka. Tolong suka baju-t saya.”

Seperti biasa, beliau terus menerima pujian dan komen positif daripada pengikutnya di laman sosial.

Pengguna “yasinyuska” menulis: “Saya suka, maksud saya cara anda melayani pekerja. Inilah gaya seorang pemimpin sejati. Tiada jurang antara majikan dan pekerja.”

Seorang lagi pengguna, “suzannashraff0206” menulis, “ Seorang yang rendah diri, sporting & penuh inspirasi di dunia ini?? Kami tabik anda”.

Dalam satu lagi Instagram, Tony juga berkongsi maklumat mengenai pilihan raya umum yang akan diadakan di United Kingdom pada 8 Jun.

Merujuk kepada acara debat pemimpin parti utama yang bersaing dalam pilihan raya itu, beliau meluahkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Britain, Theresa May.

“Menjadi pemimpin bermaksud anda kena ke depan. Theresa May seharusnya turut bersama sewaktu sesi perdebatan,” kata Tony berhubung debat politik malam semalam yang tidak disertai May.

https://www.facebook.com/tonyfernandes/videos/1045718325528005/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.