

Mengapa?
Kerana si suami berkulit hitam manakala si isterinya berkulit putih.
Jadi apa masalahnya?
Inilah yang berlaku apabila pemikiran terlalu sempit sehingga perkara yang tidak sepatutnya menjadi isu perkauman terus memuncak, apatah lagi dengan komen-komen yang sangat menyakitkan hati.

Baru-baru ini, Moa memuat naik video bagaimana dia dan suaminya mencuba makanan bayi sebelum menyuapnya kepada bayi mereka, Mila.
Mereka juga saling berbincang mengenai rasa dan tekstur makanan tersebut dalam bahasa Sweden.
Dalam tidak disangka video yang dimuat naik dikecam dengan komen-komen berunsur cemuhan, menggelar Mark sebagai “buruk”.
Walaupun komen-komen video tersebut dipadamkan, Imgur, seorang pengguna merakam layar semua komen itu terlebih dahulu.

Pasangan ini juga sudah menyahaktifkan akaun Instagram yang sebelum itu memaparkan detik kedua-dua mereka berkongsi masa khususnya bersama anak mereka, Mila.
Sedih bukan?