
Filem yang dinanti-nantikan tayangannya pada 1 Jun ini, Wonder Woman nampaknya terpalit dengan kempen boikot.Nak tonton atau boikot sahaja?
Ini kerana, pelakon utama filem tersebut, Gal Gadot merupakan seorang berbangsa Israel dan pernah mengeluarkan kenyataan pro-Israel yang memberi rasa kurang senang kepada beberapa pihak.
Ekoran itu, netizen khususnya di Malaysia mula menyebarkan kempen di laman sosial supaya memboikot filem Wonder Woman.

Manakala beberapa netizen turut berkongsi semula berita 2014 di mana Gal Gadot berdoa bersama anak perempuannya demi askar Israel ketika kemuncak persengketaan antara Israel-Palestin.

Sebenarnya tindakan memboikot filem lakonan Gal Gadot wujud ketika dia berlakon dalam filem Superman vs Batman lagi, tetapi mungkin kerana dia melakonkan watak utama dalam filem Wonder Woman, kempen tersebut kembali menular secara lebih aktif.
Selain penonton Malaysia, netizen dari negara Asia dan barat juga juga turut menyampaikan hasrat untuk memboikot filem ini di laman sosial.