

Kini beberapa kafe di luar negara menggunakan pendekatan unik menghidang kopi latte dalam kulit avakado.
Adakah ia memberi “kick” yang lebih kepada peminumnya.
Gambar kopi di dalam kulit avakado yang juga dikenali avolatte tular di laman sosial, selepas dimuatnaik seorang lelaki di sebuah kafe di Turki selain sebuah lagi kafe di Melbourne, Australia yang turut menawarkan minuman itu.
Memandangkan kedua-dua Avakado dan latte menjadi subjek kegemaran generasi millenium, ia kemungkinan besar bakal menjadi satu trend minuman baharu, lapor The Independent.
Beberapa video menunjukkan barista menyediakan kopi tersebut secara artistik di dalam kulit buah avakado.
Turut dimuat naik ialah video pelanggan menadah kulit avakado yang penuh diisi kopi latte, menikmati minuman itu sebelum makan buah tersebut.
Okay, kita nantikan jika Avolatte diperkenalkan di kafe di Malaysia…
Mana tau, artikel ini beri inspirasi kepada barista muda kita untuk tampil dengan idea yang lebih lokal, teh tarik dalam kulit durian; kopi kaw dalam cawan daun pisang; atau Milo dalam kulit kelapa…