Transgender Jessie Chung bakal berduet dengan Fauziah Latiff

Transgender Jessie Chung bakal berduet dengan Fauziah Latiff

Jessie bakal tampil dengan album berbahasa Melayu pertamanya.

jessie-chung-fauziah-latiff
fmt-ohsem-inside-article1Penyanyi dan pelakon transgender terkenal dari Kuching, Sarawak, Jessie Chung bakal mengeluarkan album berbahasa Melayu pertamanya.

Menariknya Chung dijangka bakal berduet dengan ikon muzik negara, Fauziah Latiff dalam album tersebut.

“Saya dan Fauziah akan berduet untuk album berbahasa Melayu pertama akan datang,” katanya dalam majlis pelancaran album terbaharunya, “Be Strong” yang mencapai status platinum di Malaysia, petik The Sun Daily.

Sebelum ini, kedua-dua mereka pernah membuat persembahan bersama dalam konsert “Love Unity”, 2 tahun lalu menerusi lagu hit Fauziah atau lebih dikenali sebagai Jee dalam kalangan peminatnya.

Bagi mereka yang tidak mengenali Chung, beliau adalah pengasas Natural Health Farm dan Timbalan Presiden Pertubuhan Anti Kanser Malaysia (MACA)

Beliau berkelayakan akademik PhD dalam perubatan klinikal dari Universiti Perubatan Cina Guangzhou dengan pengkhususan dalam onkologi.

Di Malaysia, beliau adalah pengamal perubatan tradisional Cina yang terlatih.

Namun, Chung menjadi lebih terkenal selepas melangsungkan perkahwinan dengan Joshua Beh pada 2005 sekali gus menjadi perkahwinan sama jantina yang pertama di Malaysia.

Setakat ini, Chung sudah mengeluarkan 9 album berbahasa Cina dan Inggeris serta berlakon dalam beberapa filem, kebanyakannya antarabangsa.

Album berbahasa Inggeris Chung, “There You Are” dan “Be Strong” mencapai status platinum selepas dijual lebih 15,000 salinan.

Chung juga dijadual mengadakan konsert pertamanya di Australia pada Oktober akan datang.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.