Lebih berat bayi, lebih tinggi IQ

Lebih berat bayi, lebih tinggi IQ

Perbezaan ketara wujud dalam kalangan bayi berat purata 3.3kg berbanding bayi yang mempunyai berat badan lebih rendah daripada 2.5kg.

baby-scale
fmt-ohsem-inside-article1Adakah berat badan bayi anda 3.5kg atau lebih? Adakah ia membuatkan anda risau? Jangan risau, kerana ini bermakna bayi anda bakal memiliki tahap IQ yang tinggi daripada bayi yang lahir dengan berat badan yang lebih rendah.

Menurut kajian sepasukan penyelidik University of Copenhagen di Denmark, bayi baru lahir dalam lingkungan berat 2.5kg hingga 4kg mempunyai kadar IQ yang lebih tinggi ketika dinilai pada usia ke-28 dan sekali lagi pada usia ke-50.

Laporan yang dipetik dari Reuters itu juga menyatakan perbezaan ketara wujud dalam kalangan bayi berat purata 3.3kg berbanding bayi yang mempunyai berat badan lebih rendah daripada 2.5kg.

Bayi dengan berat 3.5kg hingga 4kg mempunyai 5 skor lebih tinggi berbanding bayi yang lahir pada berat 2.5kg atau lebih rendah, petik laporan kesihatan, Trine Flensborg-Madsen.

Kajian itu melibatkan 4,700 bayi yang lahir di Copenhagen sejak 1959 hingga 1961 termasuk penilaian kebijaksanaan yang dilakukan terhadap peserta ketika mencecah usia 19, 28 dan 50 tahun.

Bayi-bayi ini dikategorikan kepada 5 bahagian, kurang berat iaitu kurang daripada 2.5kg, 2.5kg hingga 3kg; lebih 3kg hingga 3.5kg; lebih 3.5kg hingga 4kg; dan lebih 4kg.

Bagaimanapun beberapa faktor tidak diambil kira dalam kajian itu misalnya persekitaran pembesaran, tekanan yang dihadapi ibu bapa ketika hamil dan kebijaksanaan ibu bapa itu sendiri.

“Otak berkembang secara pantas sebelum bayi lahir. Kajian ini menyimpul bayi yang mempunyai berat badan yang rendah sebagai refleksi kepada persekitaran yang terganggu dan tidak sihat,” ulas penyelidik dari University of Edinburgh, Dr Susan Shenkin, yang tidak terlibat dalam kajian itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.