Bila tiada parkir, lelaki ini lukis sendiri guna kapur

Bila tiada parkir, lelaki ini lukis sendiri guna kapur

Pihak berkuasa tempatan yang melakukan rondaan mengesan kewujudan garisan putih pelik di atas jalan.

lukis-parking-sendiri-kereta
fmt-ohsem-inside-article1Bila pusing satu kawasan tapi tak jumpa parkir memang stress!

Tapi lelaki ini ada idea untuk memparkir kenderaannya walaupun ruang meletakkan kenderaan sebenarnya tiada.

Macam mana? Ha…. jangan tiru aksi ini, kerana anda boleh dikenakan tindakan undang-undang samalah seperti lelaki ini.

Kejadian berlaku di Jinhua, wilayah Zhejiang di timur China apabila seorang lelaki didapati melukis sendiri ruang parkir setelah mendapati tiada ruang untuk meletakkan vannya.

Polis mengesahkan perbuatan itu menerusi rakaman kamera litar yang merekod tindakan lelaki itu melukis garisan lot parkir tambahan di atas jalan menggunakan kapur putih pada tengah hari Isnin, lapor Qianjiang Evening News.

Pihak berkuasa tempatan ketika itu melakukan rondaan mengesan kewujudan garisan pelik di atas jalan.

Berbanding dengan garisan parkir sebenar, ia kelihatan comot, lebih nipis dan tidak sempurna, petik laporan itu.

Kemudian video kamera litar mendedahkan perbuatan pemandu van barangan yang berbaju warna oren keluar dari kenderaan serta melukis garis parkir di atas jalan.

Van tersebut ditempatkan di atas parkir palsu itu sejak 4 hari.

Kini lelaki itu dalam siasatan pihak berkuasa polis trafik dan dijangka berdepan denda sekitar AS$72 hingga AS$725 (RM310 hingga RM3126).

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, walaupun kreatif tapi bila dah salah tetap kena hukum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.