Anak Awal-Scha berusia 3 tahun sudah mula bayar cukai

Anak Awal-Scha berusia 3 tahun sudah mula bayar cukai

Lara akan memiliki akaun yang berbeza daripada ibu bapanya, Awal dan Scha.

lara-alana
fmt-ohsem-inside-article1Kalau anda merungut kerana terpaksa bayar cukai pendapatan, lihat kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun ini, Lara Alana, kalau dia pun tak terlepas apatah lagi anda!

Anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha al-Yahya, Lara sudahpun didaftarkan namanya sebagai pembayar cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana menjana pendapatan sendiri.

“Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal. Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami. Malah, Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini,” petik kata Scha kepada Berita Harian Online.

Menurut laporan itu lagi, seorang ejen dilantik untuk menguruskan pendapatan Lara, ekoran peraturan yang ditetapkan LHDN.

Tahun ini, si kecil itu sudah secara rasmi menfailkan cukai pendapatan pertamanya di LHDN.

Terdahulu dalam satu laporan di China Press, pakar percukaian berkata ibu bapa kepada bintang kanak-kanak mempunyai kewajipan mengisytiharkan pendapatan tahunan melebihi RM34,000 kepada LHDN.

Datuk Chua Tia Guan akui kewujudan peraturan tersebut kepada ibu bapa bintang kanak-kanak namun ramai yang tidak tahu mengenainya.

Bintang kanak-kanak belum cukup dewasa dan pendapatan yang mereka perolehi akan diberikan kepada ibu bapa, jadi apabila pendapatan kanak-kanak itu dan ibu bapa melebihi jumlah yang ditetapkan, mereka bertanggungjawab melaporkan pendapatan itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.