

Yang berkulit gelap cari seribu satu jalan untuk mencerahkan kulit, manakala bagi model Jerman yang berkulit putih pula sibuk menggelapkan kulit dengan melakukan 3 suntikan tanning untuk kelihatan segelap warga Afrika.
Martina Big, 28, juga membesarkan buah dada sehingga saiz 32S serta menggunakan coli buatan khas.
Model dan bekas pramugari dari Trier itu terus mengimpikan untuk menggelapkan kulitnya malah menggunakan mesin khas yang dipasang di rumahnya untuk sesi tanning.
“Kira-kira 9 minggu lalu, saya buat 3 suntikan tanning. Saya tak sangka menjadi segelap ini dalam jangka masa singkat. Saya menyukainya dan mahukan lebih lagi,” kata Martina dalam satu temuramah.

“Saya suka kontras rambut blonde terang dan kulit hitam ini,” jelasnya lagi yang akui teruja setiap kali menjadi perhatian.
“Kehadiran saya membuatkan orang terbeliak. Ada yang terkejut, memikirkan bagaimana ia boleh terjadi,” kata Martina.
“Pada mulanya ramai rakan-rakan yang mengecam keputusan saya. Ia sesuatu yang baharu, tidak pernah dilakukan oleh mana-mana wanita berkulit putih.
“Lama-lama, mereka juga teruja. Mereka kata, ‘saya suka gaya kamu, Go darker! Go darker!’,” kongsi Martina yang percaya tindakannya tidak pernah menyinggung perasaan masyarakat Afrika.
Satu lagi tarikan pada diri Martina ialah payu dara yang dibesarkan menggunakan salina (larutan bergaram).
“Saya berkulit hitam tetapi saya tidak berpura menjadi mereka.
“Saya mahu menghasilkan koleksi Barbie yang eksotik dengan kulit gelap dan rambut blonde dengan fizikal badan yang melengkung. Saya sukainya,” katanya.
Malah, doktor yang menyuntiknya juga tidak mengenalinya selepas kulitnya menjadi gelap.

Martina mula mengubahsuai tubuhnya sejak 2012 selepas mendapat sokongan teman lelakinya, Michael.
Ia bermula dengan pembedahan membesarkan buah dada dan bibir kemudian kulitnya secara ekstrem.
Sehingga kini, Martina membelanjakan hampir RM300,000 untuk pembedahan kosmetik dan rawatan berkaitan dengannya.
Martina juga merancang untuk membesarkan punggungnya sementara terus menggelapkan kulit.
Teman lelaki Martina akui teruja melihat dia terus terlibat dalam prosedur kosmetik.
“Saya mahu melihat Martina terus membuat pengubahsuaian, membesarkan lagi payu daranya, bibir, menjadi lebih gelap dan membesarkan punggung,” kata Michael.