Garam punca kerap kencing malam

Garam punca kerap kencing malam

Keadaan dinamakan 'nocturia' ini lazim berlaku dalam kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

nocturia
fmt-ohsem-inside-article1Anda kerap bangun tengah malam untuk ke tandas membuang air kecil?

Adakah ia menjejaskan kualiti tidur dan anda tidak tahu kenapa keadaan itu berlaku? Mungkinkah kerana diet tidak sihat?

Sebenarnya, keadaan ini dinamakan “nocturia” yang lazim berlaku dalam kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Kajian terbaharu menunjukkan pengambilan garam berlebihan ialah satu daripada punca utama masalah ini.

Penyelidik dari Universiti Nagasaki di Jepun menjalankan kajian ke atas rakyat Jepun yang mengambil garam berlebihan dalam diet harian mereka.

Dalam kajian itu, penyelidik berkenaan memperkenalkan diet rendah garam kepada 321 peserta. Daripada jumlah itu, 223 peserta mendapati kekerapan mereka kencing pada waktu siang mahupun malam berkurangan secara ketara.

Kajian itu juga menyimpulkan mereka yang kurang membuang air kecil pada waktu malam mempunyai kehidupan lebih baik.

Ketua penyelidik, Dr Matsuo Tomohiro dalam satu temuramah dengan AFP berkata, pihaknya akan menjalankan kajian lanjut untuk mengetahui kaitan garam dan “nocturia”.

“Ini menjelaskan diet ringkas yang diubah suai sedikit boleh membantu kita membawa perubahan besar kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.