Kisah wanita Afrika-Amerika bawa pembaharuan dalam dunia perubatan di HBO

Kisah wanita Afrika-Amerika bawa pembaharuan dalam dunia perubatan di HBO

Filem ini diceritakan semula dari sudut watak anak perempuan Henrietta, Deborah Lacks, lakonan Oprah Winfrey dan wartawan, Rebecca Skloot lakonan Rose Byrne.

Henrietta_Lacks-11
fmt-ohsem-inside-article1Sebuah kisah benar kematian seorang wanita Afrika-Amerika akibat kanser serviks pada usia 31 tahun dirakam semula dalam bentuk filem sebagai mengiktiraf jasa beliau dalam beberapa penemuan dunia perubatan.

“The Immortal Life Of Henrietta Lacks” mengisahkan kejadian yang berlaku pada 1951, dan filem tersebut bakal ditayangkan pada Ahad ini, 23 April di saluran HBO (Astro 411/431).

Ia diceritakan semula dari sudut watak anak perempuan Henrietta, Deborah Lacks lakonan Oprah Winfrey dan wartawan, Rebecca Skloot lakonan Rose Byrne.

Deborah mendapat tahu satu rahsia besar mengenai ibunya, bagaimana sel kanser Henrietta (lakonan Renée Elise Goldsberry) dikeluarkan tanpa kebenarannya tetapi membawa revolusi kepada dunia perubatan.

Ia adalah kisah mengenai kejayaan bidang perubatan, perjuangan bangsa yang ditindas, kemiskinan dan persahabatan antara orang yang dibenci.

Pelakon filem tersebut menampilkan Reg E. Cathey (Zakariyya), Rocky Carroll (Sonny Lacks), Courtney B. Vance (Sir Lord Keenan Kester Cofield), Ruben Santiago-Hudson (Dr. Pattillo) dan Leslie Uggams (Sadie).

Filem arahan George C. Wolfe, lakon layar oleh Peter Landesman, Wolfe dan Alexander Woo, berdasarkan novel tulisan wartawan Rebecca Skloot.

Alan Ball, Peter Macdissi, Oprah Winfrey, Carla Gardini dan Lydia Dean Pilcher adalah penerbit eksekutif manakala Rebecca Skloot penerbit eksekutif bersama.

Mengenai The Immortal Life Of Henrietta Lacks menceritakan Henrietta Lacks dari Virginia, seorang petani dan ibu kepada 5 anak disahkan menghidap kanser pangkal rahim pada usia 31 tahun.

Dia dirawat di Hospital Johns Hopkins di Baltimoredan dan tisu tumor malignan dikeluarkan tanpa pengetahuannya mahupun ahli keluarga.

Tisu itu diserahkan kepada Dr. George Gey di Johns Hopkins dalam usaha menyelidik sel untuk perawatan kanser.

Malah, ketika itu, saintis di seluruh dunia juga berusaha sejak berdekad lamanya dan mendapati mustahil untuk melakukan ujian ke atas sel manusia hidup.

Namun, sel dalam badan Henrietta tumbuh pada kadar pantas di luar tubuhnya dalam keadaan makmal, ia dilihat sebagai satu keajaiban dan ‘restu’ bagi kajian dalam dunia perubatan.

Sel itu membawa kepada pelbagai penemuan baharu industri bio-perubatan dan penggunaan sel HeLa terus berterusan dalam puluhan ribu kajian penyelidikan.

Daripada ubat-ubatan untuk polio, leukemia, influenza dan penyakit Parkinson, pengklonan dan pemetaan gen, ia turut disertakan dalam misi angkasa pertama untuk mengkaji kesan graviti sifar ke atas sel manusia.

Sel milik Henrietta dijual beli untuk berbilion-bilion dollar sehingga ke hari ini dan sel itu terus wujud dan berganda.

Wartawan sains, Rebecca Skloot pula menghabiskan lebih sedekad menyelidik kisah di sebalik sel HeLa dan membawa kisah Henrietta kepada umum menerusi buku “The Immortal Life of Henrietta Lacks” yang menjadi bacaan paling laris 2010 .

Kisah ini bukan sahaja menceritakan latar belakang saintifik Henrietta tetapi usaha beliau memenangi kepercayaan keluarga Lacks dengan kerjasama anak perempuan Henrietta, Deborah mengenai sumbangan tersembunyi wanita kepada dunia.

“Buku ini membawa kisah yang berat,” jelas Wolfe.

“Penuh emosi, berunsur intelek, ia seperti buku sains dan drama keluarga, penindasan bangsa, ekonomi dan kuasa Amerika. Semuanya digaul secara seimbang dalam cara menarik,” kata Wolfe.

Pada asalnya, Oprah tidak mahu berlakon watak anak Henrietta kerana tidak melihat dirinya sebagai seorang pelakon dalam projek itu, sehinggalah Wolfe mengambil alih skrip.

“Kisah ini adalah mengenai seorang anak yang mencari kasih sayang ibunya. Selepas menghadam isi kandungan sebenar, barulah saya menerima watak itu,” kata Oprah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.