Konsert Salman Khan ditangguh

Konsert Salman Khan ditangguh

Tiket berharga RM2,222 bagi konsert Da Bang - The Tour itu dikatakan paling laris terjual.

salmankhan_malaysia_6new00

fmt-ohsem-inside-article1Konsert menampilkan bintang Bollywood Salman Khan, “Da-Bang The Tour – Live in Malaysia” yang bakal berlangsung Jumaat ini ditangguhkan, menurut penganjur.

Salman yang terkenal dengan watanya dalam filem seperti Sultan, Dabang dan Bajrangi Bhaijaan sepatutnya mengadakan konsert ‘Da-Bangg The Tour – Live In Malaysia‘ pada 14 April di Pusat Konvensyen Pameran & Antarabangsa Mines.

Namun, dalam notis di laman web Air Asia Red Tix, konsert tersebut dijadualkan semula pada Julai 2017 kerana masalah “tidak dapat dielakkan” dan di luar jangkaan.

Notis juga memetik, pihak pengurusan akan memaklumkan secepat mungkin tarikh sebenar selepas pengesahan dengan artis berkenaan.

Konsert itu membabitkan 100 orang penari dan pemuzik dari India dan Malaysia di samping koreografer India terkenal Prabhu Deva, pelakon Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

Tiket pakej “Sultan” bernilai RM2,222 bagi konsert itu dikatakan paling laris terjual bukan sahaja dalam kalangan peminat di Malaysia malah dari Indonesia, Brunei dan Singapura.

Persembahan 3 jam oleh Salman Khan dan krewnya sepatutnya menghiburkan peminat dengan lebih 40 persembahan lagu dan tarian selain beberapa elemen kejutan.

Pemegang tiket boleh emel kepada [email protected] untuk maklumat lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.