Sia-sia duduk hutan setahun, tak tau program realiti batal

Sia-sia duduk hutan setahun, tak tau program realiti batal

Semua peserta yang ditemani 4 kru tidak tahu rancangan itu hanya disiarkan selama 4 episod pada Julai 2016, sebelum berhenti siaran kerana rating yang teruk.

Channel-4_hutan_600
fmt-ohsem-inside-article1Duduk dalam hutan selama setahun dengan harapan menang pertandingan realiti, tetapi rupanya program itu sudah lama dibatalkan.

Jadi apa nasib peserta? Tinggal dalam hutan menghadapi semua cabaran tanpa mengetahui hakikat sebenar.

Itu yang berlaku kepada 23 peserta rancangan realiti, Eden di United Kingdom, diterbitkan oleh Channel 4.

Penggambaran Eden bermula pada Mac 2016 di sebuah lokasi di Scottish Highlands di mana peserta terpaksa hidup tanpa bekalan elektrik dan peralatan moden serta menghadapi cabaran hidup dalam hutan dengan sendirinya.

Semua peserta yang ditemani 4 kru tidak tahu rancangan itu hanya disiarkan selama 4 episod pada Julai 2016, sebelum siaran dihentikan kerana rating teruk.

Lebih malang pembatalan rancangan langsung tidak dimaklumkan kepada peserta yang terus berada dalam hutan.

Daripada jumlah asal, 13 peserta dilapor meninggalkan rancangan atas pelbagai faktor seperti kelaparan, cemburu, kesihatan dan perselisihan faham.

Walaupun menerima pelbagai kecaman ekoran tindakan yang tidak bertanggungjawab, Channel 4 berjanji akan menyiarkan semula rancangan itu pada tahun ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.