Seni lukis artis autisme dijual untuk kumpul dana

Seni lukis artis autisme dijual untuk kumpul dana

Lebih 30 keping karya seni artis kurang upaya dijangka dijual di bawah RM100.

lukisan2_1
fmt-ohsem-inside-article1Bersempena dengan bulan kesedaran Autisme April ini, Art Market Malaysia menganjurkan pameran seni oleh artis kurang upaya di pusat beli-belah, One Utama.

Pameran dengan kerjasama Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM), akan menjual karya seni daripada artis kurang upaya, terutamanya kanak-kanak autisme pada kadar harga berpatutan iaitu di bawah RM100.

Semua wang kutipan akan disalurkan bagi tujuan dana.

Pengasas Art Market Malaysia, Hazrita Hatta berkata inisiatif itu bermula 2 tahun lalu berkonsep kebajikan, di mana artis diberikan peluang memiliki gerai pameran sendiri.

“Artis kurang upaya serta kanak-kanak autisme akan mempamerkan karya seni melalui lukisan mereka kepada orang ramai di gerai masing-masing.

“Lebih 30 keping karya seni dijangka dijual di bawah RM100 dan kami hanya mengepam 10% daripada jualan untuk menampung yuran pengurusan dan selebihnya akan diberikan kepada NASOM.

“Pada 8 April, kami akan mengadakan majlis makan malam amal di mana 200 pengunjung pertama boleh makan makanan daripada Mak Ngah Catering secara percuma bersama kami dan artis kurang upaya bermula 6.30 petang,” katanya.

Selain program amal untuk artis kurang upaya, Art Market Malaysia juga memainkan peranan untuk mengiktiraf dan mencungkil bakat seni kanak-kanak autisme.

Pasar seni akan beroperasi bermula 1 hingga 30 April dari pukul 11 pagi hingga 9 malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.